1. Pilih tempat yang sesuai
    Pemilihan tempat yang sesuai ni amat penting untuk si manja Mommies tau. Bukan apa, risau kalau si manja Mommies ni jenis cepat bosan di sesuatu tempat
  2. Bilangan hari / jam
    Ini pun penting juga Mommies, pastikan bilangan hari / jam untuk keluar melancong dengan membawa si manja ni tidaklah terlalu lama ataupun singkat. Mungkin si manja belum puas melancong.
  3. Rancang awal untuk beli tiket
    Mommies Daddy perlu merancang awal untuk membuat tempahan tiket. Risau kalau tiket full ke, masa tidak sesuai ke, ataupun tiket mahal masa tu. Dah membazir kan.
  4. Budjet / Perbelanjaan
    Pastikan Mommies ada bajet yang secukupnya untuk melancong dengan si manja ni. Mommies pun tahu karenah si manja ni di luar jangkaan. Mana tau tetibe si manja ni minta itu ini kan! Shopping sakan Mommies.
  5. Buat kajian tentang makanan yang sesuai untuk si manja
    Pastikan Mommies buat kajian tempat makanan yang sesuai dan yang pastinya HALAL untuk si manja menjamu selera sambil melancong
  6. Sediakan pakaian yang selesa & sesuai
    Mommies kena pastikan pilihan pakaian untuk si manja bersesuaian dengan tempat Mommies melancong tu tau. Kalau boleh, Kak Erin syorkan Mommies, masa melancong tu biarlah si manja pilih sendiri pakaian apa yang nak dipakaikan sepanjang melancong tu, barulah percutian amat menyeronokkan si manja Mommies!
  7. Bawak bekal makanan kesukaan si manja
    Kak Erin syorkan juga, Mommies bawak makanan kesukaan si manja. Kak Erin risau kalau tempat yang Mommies bawak tu susah nak dapatkan makanan kesukaan si manja. Peel si manja ni Mommies takboleh nak jangkakan!
  8. Stroller atau Babywearing
    Hurmm, Kak Erin suggest pada Mommies bawakla carrier je, senang dan mudah untuk melancong. Kalau bawak stroller, semuanya terbatas, betul tak Mommies
  9. Ipad, PSP dan gadget yang seumpamanya
    Yang ni pilihan je. Macam Kak Erin, bagi jugak Ninjas main gadget.Tapi biarlah terbatas ya Mommies
  10. First Aid kid untuk si manja (termasuk FLUtherapy lah)
    Pada musim sekarang ni si manja mudah terkena jangkitan virus di luar kan. Kak Erin minta sangat Mommies sediakan FLUtherapy di dalam handbag sentiasa tau! Risau kalau tetiba si manja tidak sihat dalam tempoh melancong tu kannn
  11. Rehat yang secukupnya
    Yang ni part paling penting tau Mommies. Pastikan sebelum memulakan sesi melancong bersama si manja, Mommies kena pastikan si manja dapatkan rehat secukupnya. Barulah takde isu nak mengamuk sana sinunnn <<