Selain kesihatan si kecil, Mommies juga perlu menjaga kesihatan sebaik mungkin.

Kalau Mommies sakit, nanti si kecil pun boleh terjangkit dan tidak terjaga dengan baik.

Mari saya kongsikan 5 petua untuk merawat selsema Mommies.

1. Minum air masak secukupnya

Jika hari itu kita buat banyak aktiviti luar yang memerah keringat kita, minumlah air lebih banyak dari biasa sebab sel badan kita memerlukan air untuk berfungsi dengan baik. Kulit pun lebih bersinar tau.

2. Rehat secukupnya

Baik mommies yang bekerja atau yang suri rumah sepenuh masa. Masing-masing memerlukan rehat yang secukupnya apalagi bila selsema. Supermom juga perlukan rehat kan?

3. Perbanyakkan minum air suam / air panas

Selsema ni disebabkan virus yang dibawa oleh mucus. Bila mommies minum air panas, air tu akan membantu melancarkan pengaliran mucus keluar dari badan. Sebab itu lah bila minum air panas mudah je hingus mengalir keluar. Perasan kan?

4. Terapi wap

Terapi wap ni tak dapat la nak buat di pejabat bila selsema kan. Tapi boleh buat sebelum tidur tau. Ambil semangkuk air panas yang berasap-asap tu. Kemudian rapatkan ke muka. Sebaik-baiknya buat dalam ruang yang tak pasang penghawa dingin dan kipas. Lambat sikit sejuk air tu kan. Nak lagi berkesan ambil kain dan tutup kepala yang sedang berwap dengan air panas. Jadi wap tu 95% terus ke muka mommies.

5. Minum air campuran madu dan halia

Halia sangat berkesan mengeluarkan toksin dalam badan. Bila mommies selsema lagi mudah keluar segala virus, bakteria dan toxin yang menyebabkan selsema tu. Madu pula tak melegakan selsema tetapi madu tu sebagai pemanis yang berkhasiat dalam minuman halia mummy. Tak de la muka kelat je kan nak minum air halia tu.

Okay, Mommies penyayang semua. Sila jaga diri bebaik ya!