Macam mana nak balik kampung dengan riang, anak-anak tak tunggang langgang kat seat belakang?

Mesti lah korang dah ramai start balik kampung kan kan?

Ini adalah tips nak manage perjalanan balik kampung bersama anak-anak. Ni applicable untuk orang yang balik kampung sekurangnya 3 jam perjalanan.Yang balik kampung dari Ampang ke Kajang tu tak chi ok.

  1. Sebelum start perjalanan, pastikan anak-anak dah makan/susukan. Ala sama lah konsep, kalau perut kenyang hati senang. So tak meragam. Gitu.
  2. Korang rancang lah masa perjalanan. Of course musim perayaan ni, kena hadap traffic jam kan. So kena budget siap-siap, nak berhenti rehat di mana? Selepas berapa jam driving? Sebab anak-anak ni restless duduk dalam kereta lama-lama. Kita sebagai ibu bapa, kena lah faham perkara ni dan penuhi keperluan mereka.
  3. Make sure anak duduk di car seat yang proper. Jangan lah maknya pangku anak sampai ke kampung, Dari segi keselamatan pun dah tak betul kan, pastu maknya gigih nya tahan penat nak memangku tu. Takmau lah gitu. Safety first okeh!
  4. Mesti asingkan 1 bag isi kelengkapan anak supaya mudah nak ambil. Janganlah awak sumbat semua dalam bag besar kat belakang kereta tu. Jenuh nak buka nanti kalau memerlukan.
  5. Sediakan makanan ringan dan air. Sekurangnya kalau tersangkut dalam jem, anak tak meragam lapar kan? Berbalik pada point 1, perut kenyang hati girang
  6. Mesti juga sediakan tisu basah dalam kereta. Mudah kalau makanan atau minuman tertumpah. Kalau mak ayah jenis sayang gila kereta stok tak bagi anak mengunyah dalam kereta, ni tak dapek nak nolong.
  7. Pasang zikir munajat atau sentimental music bagi emosi anak tenang. Jangan driver pulak terlebih tenang sampai terlentuk tidur. Ingat safety first
  8. Sediakan CD yang best best lah. Gi beli Finding Dory punya movie. Not bad tau cita tu.

Berhati-hati pulang ke kampung. Semoga selamat sampai. Ingatlah orang yang tersayang.