Boleh ke apply Terapi Selsema Bayi sebelum mandi?

Terapi kasih sayang belai jiwa; sebelum ke selepas bersiram?

Untuk babyyy taww!

Soalan ini selalu dapat jugak bila masa nak apply terapi selsema bayi. Takde betul atau salah sama ada terapi sebelum atau selepas baby mandi. Sebab ia bergantung kepada apa terapi oils yang kita guna dan jugak skin condition anak. Sebagai mommy gojes penyayang, silalah amik tahu. Ewah.

Pilih Terapi SEBELUM mandi kalau…

Terapi oil yang mommy guna tu tinggi kandungan oleic acid. Bendalah ni sedikit mengeringkan kulit. So kalau kita guna before mandi, tidaklah dia tertinggal di permukaan kulit.

Cuaca yang panas melenting, pasang aircond full blast pun peluh masih membasahi dahi. Terapi oil yang bersila indah kat pelipat-pelipat pejal Michelin baby tu, boleh buat mereka kurang selesa.

Pilih Terapi SELEPAS mandi kalau…

Kalau baby comel kulit dia sedikit kering. Dengan terapi selepas mandi, kulit diorang makin moist & gentle. Ala macam putih telur gebu gebas toink toink.

Untuk dapatkan serapan lebih sebab lepas mandi pori-pori lebih terbuka. Zass pantas gitu absorp okei.

Boleh juga terapi ni pada bila-bila masa tak bergantung pada waktu mandi. Kak Erin prefer jadikan ia rutin dalam order yang sama setiap hari. So baby dah boleh agak oooo lepas mandi ni terapi. Lepas tu minum susu. Then tidoooo. Mereka boleh agak, lebih bersedia, more secure dan happy.

Happy therapy-ing !