Apakah itu Selsema?

Satu jangkitan pada hidung dan tekak yang disebabkan oleh VIRUS. Ianya adalah satu jenis penyakit yang sering menyerang kanak-kanak berusia 2 tahun dan ke bawah (BAYI).

Tanda-tanda dan simptom-simptom adalah:

  • Batuk
  • Demam
  • Sakit tekak
  • Sukar bernafas
  • Hidung tersumbat dan akan semakin teruk dan berkahak
  • Seram sejuk dan menggigil seluruh badan
  • Akan bernafas melalui mulut kerana hidung yang tersumbat

Selain itu, simptom-simptom juga termasuk:

  • Bersin
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
  • Muntah dan cirit-birit.
  • Sakit otot badan
  • Sakit kepala
  • Keletihan

Kenapa Bayi Selsema Lama?

Klik Sini & Dapatkan 15% kupon diskaun sempena pelancaran Narinar Roll On Series 

Pernah tak mommy terfikir, kenapa bayi selsema seperti menjadi perkara biasa? Bukan selsema sahaja, malah datang bersama kombo batuk dan demam. 3 serangkai ni sangat biasa berlaku pada bayi kita.

Esok selsema bayi baik sekejap,selepas tu sambung lagi3 serangkai ini. Kalau kita ambil average, entah-entah 6 bulan sahaja dalam setahun yang bayi selsema betul-betul sihat tanpa pakej kombo ini.

  1. Yang pertama, kita mesti sedar yang bayi berumur di bawah 6 bulan, imun system atau daya tahan badannya belum berfungsi 100%. Disebabkan faktor ini, bayi mudah diserang virus selsema dan batuk. Maka apa peranan kita sebagai mommy sedangkan kita tahu hanya 60% sahaja imun system bayi kita berfungsi pada usia begini?
  2. Yang kedua, walau macam mana bulat,lonjong atau petak bentuk muka bayi, bayi tetap akan kelihatan sangat comel. Ini akan mengundang tangan-tangan yang geram dengan kecomelan itu. Maka tangan-tangan ini akan selalu menyentuh bayi comel kita. Pendek kata, akan ada berlaku kontak tangan dengan bayi. Ini yang menyebabkan virus mudah berpindah tuan, dari anda yang menggomol bayi kepada bayi itu sendiri.
  3. Dan yang ketiga ialah kerana apabila anda sendiri menghadapi selsema dan batuk, anda batuk dan bersin dengan jarak yang dekat dengan bayi anda. Sepatutnya anda pergi bersin di belakang rumah, bilik sebelah atau mana-mana tempat lain. Asalkan bukan berdekatan bayi anda.

Dan punca-punca di atas ni, disebabkan anasir yang sama iaitu Virus. Menurut Centre of Disease Control (CDC), ada lebih daripa 200 jenis virus yang menyebabkan selsema dan yang paling popular ialah Rhinovirus.

Sebagai mommy yang prihatin, apa yang selalu dilakukan apabila bayi selsema lama?

Tanda-tanda Bayi Selsema Lama

Secara amnya, terdapat 2 jenis selsema. Selsema biasa dan selsema bermusim. Dalam bahasa Inggeris disebut cold and flu. Simptom bagi keduanya ini hampir sama yang agak sukar untuk kita bezakan. Lebih merumitkan ialah bayi kita boleh mengalami kedua-duanya dalam satu masa. Cara yang terbaik untuk membezakannya ialah dengan mengenali tanda-tanda awal bayi selsema.

Biasanya tanda-tanda flu ialah lebih berat berbanding selsema biasa. Bukan sekadar hidung bayi tersumbat atau bersin tanpa henti. Kami gariskan panduan secara am untuk kita kenal tanda-tanda awal selsema bayi yang biasa jika mengalami flu.

  1. Demam
  2. Sakit kepala
  3. Kepenatan melampau
  4. Tekak kering
  5. Batuk
  6. Sakit tekak
  7. Hingus meleleh atau hidung tersumbat
  8. Tanda tidak selesa di perut seperti loya, muntah dan cirit birit.
  9. Hilang selera makan

Manakala untuk selsema biasa tanda-tandanya ialah sedikit ringan. Antaranya :

  1. Bersin
  2. Hingus meleleh
  3. Batuk
  4. Sakit kepala ringan

Macam mana mommy boleh mengenali tanda-tanda ini pada bayi? Sedangkan bayi bergantung 100% kefahaman mommy atas setiap rengekan dan tangisannya. Mudah sahaja. Mommy akan tahu bayi selsema selalu berasa tak selesa. Keadaannya menjadi serba tak kena dan kerap menangis. Mommy berhati-hati kerana kita jangan mudah marah dengan kerenah bayi selsema ini. Kita seharusnya membantu mereka berasa lebih selesa.

TIPS MENGELAKKAN HIDUNG TERSUMBAT / SELSEMA

Klik Sini & Dapatkan 15% kupon diskaun sempena pelancaran Narinar Roll On Series 

1. Bernafas menggunakan wap aromatik
Isikan air mandian / dapur / rumah dengan minyak aroma terapi ataupun air berwap untuk memberikan kesegaran berpanjangan.

2. Mandi menggunakan air panas / suam
Main air dengan pintu bilik air ditutup untuk membuat sauna peribadi anda sendiri. Udara yang berwap membuka kepala dan dada anda semasa ia melembapkan dan mengurangkan lendir dalam hidung anda.

3. Perbanyakkan minum air kosong
Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Elakkan pengambilan kopi, teh dengan kafein, atau alkohol.

4. Menggunakan haba lembab
Jika kepala berdenyut dan sukar untuk bernafas melalui hidung, cara ini boleh membantu untuk mengurangkan hidung tersumbat. Pastikan suhu tidak begitu panas yang mana boleh membakar diri sendiri.

5. Air garam
Anda boleh mendapatkan semburan masin di mana-mana kedai ubat / farmasi atau kedai runcit. Ianya selamat dan tidak akan mengganggu hidung anda. Membantu membuang virus dan bakteria dari hidung.

6. Teknik urutan

Cara ini yang Kak Erin guna dari anak pertama hingga ke tiga ni. Cara ini paling mudah dan dapat menguatkan ikatan hubungan antara ibu dan anak. Teknik urutan ini guna tidak buat bayi mommies sakit dan terseksa. Nak tahu bagaimana teknik urutannya? Tekan ini video terapi.

Mommies jangan pandang mudah selsema ni kerana selsema ibarat kecil-kecil cili padi. Sikit-sikit memang nampak comel tapi bila dah teruk sampai tersumbat hidung, kene ambil neb, kene tahan wad mesti rasa menyesal dulu tak rawat selsema dari mula.

Klik Sini & Dapatkan 15% kupon diskaun sempena pelancaran Narinar Roll On Series