Bagaimana untuk mengetahui sama ada anak kita hanya selsema biasa atau sesuatu yang lebih serius?

Mommy jangan ambil mudah tau. Bermula dengan hachum hachum biasa-biasa, ia boleh membawa kepada yang lebih serius. Tapi cabaran kat kita selalunya tak tahu dalam keadaan mana nak bertindak bawa berjumpa doktor.

Baca 3 panduan mudah ni ok. Watch out for 3 perkara ini, kalau ada tanda-tanda ni cepat-cepat start engine kereta ke klinik terdekat.

1. Bagaimana anak anda bertindak?

Bayi yang sangat-sangat mengantuk atau sentiasa marah perlukan pemeriksaan lanjut.

Sememangnya dalam keadaan tak berapa sihat, anak akan mudah mengantuk dan ingin berehat. Tetapi mommy perlu berjaga-jaga sekiranya anak kecil tidur berlebihan sampai tak bangun-bangun dalam jangka waktu yang merisaukan.

2. Bagaimanakah pernafasan anak anda?

Pantau sekiranya pernafasan tidak teratur atau terlalu cepat.
Cuba check jika ada lengkuk bentuk segi tiga di antara tulang rusuk bayi semasa dia bernafas. Jika anda dapat melihat tulang rusuk dan jika dada kelihatan sangat berombak, cepat-cepat hubungi doktor ya.

Sebenarnya mommy boleh gunakan jam dan hitung berapa banyak nafas bayi anda dalam masa 10 saat. Darabkan nombor tu dengan enam supaya anda dapat inform doktor berapa banyak kali bayi bernafas dalam setiap minit.

3. Adakah anak anda mengambil cecair yang cukup?

Walaupun bayi tak perlu makan apabila mereka sakit, cecair adalah satu kemestian untuk mengelakkan dehidrasi.

Dalam tempoh 24 jam, kanak-kanak memerlukan kira-kira 1.5 auns cecair per paun berat badan. Contohnya, bayi 10 paun memerlukan kira-kira 15 auns cecair setiap hari, dan kanak-kanak berusia 20-pound memerlukan kira-kira 30 auns.

Sekiranya bayi anda enggan minum selama beberapa jam dan mengalami tanda dehidrasi, hubungi doktor anda ya.