Tik Tok Tik Tok. Anak yang dulu uwek uwek lepas selamat keluar dari rahim kita dah nak ke sekolah. Oh cepatnya masa berlalu. Muka yang selalu memek kemek nak minta dibelai dah pandai bercakap. Indahnya.

Saat anak mula memahami terus ditunjukkan pokok, kereta, lori dan sekolah. Sekolah di tunjuk dan di tunjuk setiap kali lalu untuk membibitkan rasa cinta pada sekolah khususnya cinta pada ilmu pengetahuan.

Memilih sekolah yang sesuai untuk kita dan anak merupakan satu isu besar. Lebih-lebih lagi pada ibu bapa yang bakal menyekolahkan anak sulung mereka. Lambakan sekolah yang diberi nama pra-sekolah, tadika,taska,Montessori dan play school menawarkan bermacam silibus pendidikan pula.

Pening nak memilihnya sesukar memilih warna baju raya untuk satu keluarga tahun ini. Semua nampak elok. Reviews juga hebat-hebat. Bak kata orang semua nampak cantik. Jadi di sini Kak Erin akan senaraikan faktor-faktor yang mommies dan daddies WAJIB nilaikan sebelum daftarkan anak ke institut pengajian pertama mereka.

4 Faktor Penting Pemilihan Sekolah

  1. Review

Review atau ulasan dari ibubapa yang pernah menghantar anak mereka di sekolah berkenaan tidak harus dipandang enteng. Hari ini pelbagai review percuma boleh kita dapati dengan adanya kemudahan internet. Review dari media sosial seperti Facebook, twitter, instagram dan blog sendiri boleh mommies baca dan nilai sama ada sekolah berkenaan sesuai atau tidak dengan permata hati mommies.

Ada juga review dari orang berpengaruh misalnya artis, atau blogger yang telah hantar anak mereka sendiri ke sekolah berkenaan. Ada antara mereka yang review kerana mereka betul-betul berpuas hati dengan sekolah berkenaan atau ada juga yang dibayar untuk review mereka. Hati-hati ye.

Review yang boleh mommies lihat ialah dari segi hasil graduan sekolah berkenaan. Anak mereka pandai mengira misalnya lepas bersekolah. Boleh juga review dari segi pihak pentadbiran dan pengurusan. Adakah pihak sekolah beri makanan yang sihat dan seimbang. Atau adakah sekolah mengajar silibus berorentasikan peperiksaan atau tidak. Semuanya harus diselarikan dengan matlamat dan tujuan mommies hantar anak ke sekolah.

  1. Rekomendasi

Rekomendasi dari orang yang mommies percaya seperti keluarga dan kenalan rapat juga memainkan peranan penting. Janganlah mommies perkecilkan pendapat mereka sebab ada aspek kehidupan kita yang mungkin kita terlepas pandang yang mereka sedari.

Misalnya mommies nak hantar anak ke sekolah yang bagus tapi jauh dari rumah. Keluarga mommies cakap ada sekolah yang tak kurang bagusnya juga berdekatan dengan rumah. Duit petrol dan toll dapat dijimatkan dan paling penting masa dapat dijimatkan dan boleh uruskan hal-hal lain berbanding ulang alik hantar anak ke sekolah dan tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

Walau bagaimana pun jika mommies punya alasan tersendiri tolaklah cadangan mereka dengan baik. Janganlah hanya kerana sekolah anak sahaja kita mahu bermasam muka dengan keluarga pula kan. Jelaskan pada mereka alasan mommies supaya mereka faham tindakan mommies tu. Mungkin mommies akan berpindah ke kawasan tersebut atau akan bekerja di sana. Jika kita tak cakap macam mana mereka nak faham.

  1. Pendidikan Agama

Sekolah yang menekankan pendidikan agama sangat Kak Erin dan Abg Remy tekankan. Hal ini kerana sebahagian besar masa anak-anak akan dihabiskan di sekolah. Kita yang bekerja di waktu siang jumpa mereka hanya pada waktu malam. Lebih teruk jika jumpa pada hujung minggu sahaja. Jadi gurulah role model yang hari-hari anak-anak lihat.

Selain silibus pendidikan seperti qirati dan fekah, pendidikan akhlak jugat amat penting. Akhlak berguru, akhlak ketika makan, akhlak ketika bermain hatta di dalam tandas juga harus berakhlak. Itulah pendidikan Islam yang sebenar. Bukan hanya di dalam kelas tetapi setiap masa. Barulah selari dengan didikan kita di rumah yang penuh berakhlak.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak melihat lebih dari mendengar. Mereka memerlukan persekitaran yang positif untuk membesar menjadi orang yang hebat. Kitalah sebagai ibu bapa perlu sediakan persekitaran yang positif tu. Baik di rumah mahupun di sekolah.

  1. Fasiliti

Fasiliti atau kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah menjadi salah satu faktor dalam memilih sekolah terbaik untuk anak mereka. Kebanyakan sekolah yang ada sekarang terletak di rumah kedai. Agak sukar bagi ibu bapa yang bekerjaya ingin hantar dan menjemput anak mereka ke sekolah.

Mereka perlu letakkan kenderaan dikawasan yang selamat. Naik ke tingkat 2 untuk hantar anak. Kemudian waktu balik proses yang sama harus di lalui. Kerjasama dari ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan sangat besar. Ini juga contoh pada anak-anak supaya bekerjasama dengan para pendidik.

Satu hal yang perlu di ambil kira ialah hal keselamatan sekolah. Pintu kecemasan wajib ada. Pintu ini haruslah mudah dicapai dan dibuka jika berlaku hal-hal yang tidak diingini. Selain itu pemadam api ABC mestilah ada. Sudah menjadi syarat setiap banggunan harus ada pemadam api. Jadi jika ada sekolah yang tidak mematuhi syarat berkenaan sila elakkan diri dari hantar anak mommies ke sekolah tersebut. Safety first.

Faktor Bonus

  1. Yuran

Bab yuran biasanya jadi perkara utama kan? Tapi Kak Erin letakkan yang  terakhir sebab 4 faktor di atas lebih utama untuk anak-anak kita. Ingat! Sekolah ni kita pilih untuk anak-anak kita belajar dalam suasana yang kondusif. Bab duit tu tugas kita sebagai ibu bapa yang perlu sediakan.

Jika 4 bab di atas dah dipenuhi baru timbang tara kan bab yuran. Pilih yuran sekolah yang mengikut bajet mommies. Bagi mommies yang belum ada anak yang ke sekolah, boleh mula menabung dari sekarang. Macam mana nak menabung untuk sekolah anak-anak? Tunggu next post tau.

Kesimpulannya pemilihan sekolah yang tepat penting untuk mencorakkan sahsiah diri anak-anak. Pesan nabi, pilih kawan yang baik, berkawanlah dengan penjual minyak wangi supaya kita juga berbau wangi. Jangan berkawan dengan tukang besi, bau busuk kotor pula.

Sign off

Kak Erin