Harga minyak naik lagi. Mula la mommies ambil langkah penjimatan seperti potong bajet duit belanja anak ke sekolah. Oleh itu mommies perlu jadi lebih kreatif untuk sediakan bekal anak ke sekolah. Inilah masa yang ditunggu-tunggu. Bangun awal pagi dan sediakan bukan sahaja sarapan tetapi dapat sediakan bekal juga untuk anak di sekolah.

1. Sandwich gulung

 

Tukarkan kebiasaan roti 4 segi kepada roti tortila ala-ala shawarma di Istanbul Aku Datang. Pek kan dengan daun salad segar dan tomato manis yang di potong dadu. Makanan sihat walaupun kita tiada depan mata dia.

2. Bebola daging/ayam

Setiap hujung minggu luangkan masa bersama anak-anak untuk buat bebola daging atau ayam. Boleh juga buat pelbagai bentuk seperti bentuk hati, bentuk pokok atau pun kucing. Siapa kata makanan sihat tak menarik?

3. Nasi goreng

Nasi goreng senang sangat nak buat kan? Ye tak susah mana nak buat bekal untuk si kecil. Campurkan nasi goreng dengan sayur campur bersama ayam dipotong dadu. Tambah kan telur mata kerbau di atas nasi. Kadang-kadang boleh latih buat Nasi Goreng Pattaya. Nyummy.

 

Tips bawa bekal ke sekolah

Segala jenis masakan dari Timur ke Barat dah mommies buat untuk pikat anak bawak bekal ke sekolah. Tapi mereka tak bawa bekal juga. Kenapa ye? Jom cuba cara ni untuk buat mereka meronta-ronta nak bawa bekal hari-hari ke sekolah

 

1. Sediakan botol air dan bekas makanan yang menarik.

Botol air dan bekas makanan bukan sahaja harus menarik tapi juga harus selamat tau. Pastikan ada sticker FREE BPA bagi bekas makanan plastik. Boleh juga beri yang berwarna warni atau ikut karektor kartun yang anak mommies minat. Kalau ada beg comel khusus untuk bekas makananya lagi baik. Tak lah makanan tertumpah pada buku sekolah mereka.

 

2. Kadang-kadang bagi anak bawak lebih untuk kongsi bersama kawan

Bila anak susah sangat nak bawak bekal biasanya sebab dia nak makan dengan kawan dia. Apa kata mommies bekalkan lebih sikit makanan untuk hari itu. Pesan pada anak, makan dengan kawan-kawan. Pasti kawan-kawannya gembira sebab mommies ingat mereka.

 

3. Biasakan bawak bekal ketika keluar. Jadikan contoh pada anak.

Kalau mommies pergi membeli-belah ada tak bawak botol air minuman? Tak perlu lah air masak pun nak beli sedangkan di rumah dah ada mesin penapis air berharga ribuan ringgit. Tunjuk contoh pada anak yang mommies mereka pun bawak bekal bila keluar.

Pek kan sekali kudapan seperti naget ayam buaant sendiri dan roti kaya bila perjalanan dijangkakan mengambil masa yang lama. Ia juga buat mommies cepat sampai ke destinasi.

 

4. Buat bekal bersama-sama anak contohnya buat bebola daging

Waktu hujung minggu tidak ke mana-mana? Daripada semua tidur dan menonton tv apa kata mommies ajak anak-anak buat aktiviti di dapur bersama-sama? Buat bebola daging atau ayam untuk kegunaan seminggu. Kalau rajin buat untuk dua minggu terus. Barulah anak bersemangat bawa bekal ke sekolah untuk beri kawan-kawan dia rasa bebola daging yang dia buat.

 

Mengapa bekal penting untuk anak bawa ke sekolah?

 

1. Jimat duit

Bukan jimat duit ibu bapa. Tetapi kita ajar anak cara untuk berjimat cermat dan mula menabung. Cara ini kita telah dedahkan anak kita cara pengurusan wang. Anak juga di didik untuk menabung dari kecil lagi. Daftarkan akaun bank atau akaun simpanan seperti akaun Tabung Haji ataupun ASB.

 

2. Lebih terjamin kebersihan makanan

Bila di rumah kita boleh kawal apa yang anak-anak makan. Kita memang boleh ajar apa yang elok di makan dan apa yang tak. Apa kata mommies teruskan pembelajaran tu sehingga ke sekolah. Sekolah tu kan rumah kedua untuk anak-anak. Beri mereka makanan utama yang berkhasiat secukupnya. Barulah mereka tak mencari jajan untuk mengalas perut yang berkeroncong selepas seharian di dalam kelas.

 

3. Menjimatkan masa rehat

Masa rehat yang diperuntukkan hanyalah 1 jam. Dalam 1 jam ini anak mommies perlu beratur untuk membeli makanan, cari tempat makan, makan, letak pinggan di tempat yang disediakan. Bila da bekal mereka tak perlu lagi buat semua tu. Mereka boleh terus makan di bawah pokok sambil membaca buku. Sempat lagi untuk bermain-main dengan kawan setelah penat fokus dalam kelas.

 

4. Pengikat kasih sayang antara ibu dan anak

Ibu mana yang tak sayang anak. Anak mana yang tak sayang ibu bapa. Kasih sayang ni perlu melalui mata, lidah dan hati. Kita perlu buat sesuatu tanda kita sayang contohnya melahirkan anak, sediakan bekal, jaga mereka. Itu memang kita buat. Tapi kita perlu juga cakap yang kita sayang mereka.

 

Mommies boleh tinggalkan nota dalam bekal mereka dan cakap ibu sayang kakak, ibu bangga dengan kakak perkara kecil pada kita tetapi besar ertinya pada mereka. Dah buat semua barulah mereka dapat rasa kasih sayang mommies dalam hati.

Selamat menyediakan bekal anak ke sekolah untuk menjadi bekal kita di akhirat.

Sign off

Kak Erin