Perkara yang paling tak selesa semua orang akan rasa walau mommies bayar untuk business class atau ruang kaki yang lebih lebar ialah tekanan di telinga bila kapal terbang berlepas dan mendarat.

Perit rasa di telinga. Boleh bayangkan macam mana anak-anak akan rasa? Mesti lagi panik sebab tak tahu kenapa perkara itu terjadi.

Ini cara Kak Erin bantu ninjas yang berusia 7 dan 4 tahun menangani masalah ear pressure/tekanan di telinga ini.

1. Kelebihan untuk Kak Erin mereka dah boleh faham apa yang kita cakap. Dalam perjalanan ke lapangan terbang Kak Erin ceritakan bagaimana tekanan di telinga akan terjadi bila kapal terbang berlepas dan mendarat.

Apa sebenarnya yang berlaku pada telinga semasa kita terbang? Ianya berkaitan dengan tekanan udara. Pada asasnya tekanan udara di dalam dan di luar telinga adalah sama atau jika berbeza pun tidak banyak yang menyebabkan apa-apa masalah.

Jika kita mendaki gunung sehingga ke puncak, kelajuan yang perlahan semasa kita mendaki akan beri masa untuk tekanan udara stabil sepanjang perjalanan.

Masalah hanya akan berlaku bila perubahan altitude/ketinggian berlaku dengan terlalu cepat seperti perjalanan udara. Tekanan udara dalam dan luar telinga tidak sempat untuk distabilkan.

Apabila kapal terbang berlepas dan mula menaik, tekanan udara dalam telinga akan cepat melepasi tekanan di luar. Gegendag telinga akan membengkak ke luar. Macam roti naik ketika dibakar.

Sebaliknya sewaktu mendarat, jika tekanan udara dalam telinga kurang dari tekanan di luar dengan pantas, gegendang telinga akan tersedut ke dalam macam kesan vakum.

Sama ada menaik atau menurun, renggangan gegendang telinga menyakitkan. Ketika ini, gegendang telinga tidak mampu untuk bergetar jadi mummy akan mengalami gangguan pendengaran dan dengar bunyi bising macam cerek sedang menjerit.

2. Kunyah chewing gum atau hisap gula-gula.

Dengan mengunyah chewing gum atau hisap gula-gula akan buat kita lebih kerap menelan air liur yang boleh menstabilkan tekanan udara. Bagi kanak-kanak yang mempunyai tube eustachian yang lebih sempit dari orang dewasa akan rasa perubahan tekanan udara lebih menyakitkan. Jadi menyusu atau hisap puting lebih digalakkan untuk meningkatkan kekerapan menelan susu terutama di waktu berlepas.

Bagi ninjas yang dah besar Kak Erin akan beri meraka hisap lollipop atau minum melalui penyedut minuman atau tiup buih melalui penyedut minumam untuk melegakan sakit telinga.

3. Valsalva maneuver

Tarik nafas dan picit hidung dengan jari. Tutup mulut dan hembus udara keluar dari hidung perlahan-lahan untuk mengawal tekanan udara. Rujuk gambar. Jangan lupa ambil gambar semasa mummy buat ini dengan anak-anak.

Tip bonus.

1. Jika menyusu bayi jangan mula beri susu semasa kapal terbang bergerak. Waktu ini kapal terbang mungkin ambil masa yang lama untuk mendapat kebenaran untuk berlepas. Kehabisan susu di waktu ini memang sebuah mimpi buruk. Bersedia je ye. Jangan bagi lagi. Main-main dulu.

Bila kapten beri pengumuman pramugari ambil tempat untuk duduk kerana kita akan berlepas mula ambil posisi untuk menyusu. Siap kan anak untuk menyusu. Bila enjin kapal terbang dah mula menderu dan terus memecut lalu terbang kita boleh mula menyusukan anak dan boleh rehat dengan bayangkan tengah main salji. Semasa mendarat nanti pun sama. Bagi susu semasa kita betul-betul mahu mendarat.

2. Jika bayi tidur jangan kejut. Siap sedia je dengan puting atau air bersama penyedut minumam. Sekiranya dia manangis baru beri susu atau puting untuk tingkatkan kekerapan menelan.

3. Calitkan pati minyak yang tepat untuk elak anak-anak rasa gelisah dan panik.

4. Setiap anak lain-lain. Mungkin lepas buat semua ni anak masih menangis. Sabar. Walaupun dapat jelingan maut dari penumpang lain Kak Erin tahu mommies dah buat yang terbaik. Mungkin sebab bentuk saluran telinga atau apa je, berbeza dengan anak orang lain buat dia tak dapat mengharungi perubahan tekanan itu dengan cara yang kita buat. Sabar dan enjoy the trip.

BELAJAR BAHASA BARU DI TEMPAT BARU

Winter jacket semua dan siap tapi agak-agak la jangan pakai dari rumah. Berkicap ketiak. Pegang je. Tak perlu simpan dalam beg untuk jimat ruang.

Nak ke tempat negara yang bukan bahasa ibundanya sama dengan kita lebih elok kita tahu sepatah dua bahasa mereka. Boleh la bercakap sikit-sikit dengan orang tempatan.

Pada kawan-kawan yang kirim Gong Yoo atau Shin Hye boleh juga tolong tanyakan pada orang tempatan. Hihi

Ini perkataan yang akan bantu mommies rasa macam dah lama berada di Korea.

1. Hello/goodbye – An-nyeong-ha-se-yo
Bila jumpa orang boleh terus cakap An-nyeong-ha-se-yo. Orang pertama yang akan sambut mommy dengan perkataan ini ialah pramugari 🙂

2. Nice to meet you – Ban-gap-sum-ni-da
Bila dah touched down cakap dengan orang sebelah Ban-gap-sum-ni-da walaupun sebelah tu kawan kita. Well practice makes perfect kan.

3. Excuse me – Jam-shi-man-yo
Bila nak turunkan barang dari compartment ada orang Korea menghalang laluan. Jadi kita cakap Jam-shi-man-yo sambil tunjuk beg.

4. Where is the (something) – o-di-ye-yo
Lepas tu kita nak cari subway untuk pergi bandar. Kita tanyakan orang o-di-ye-yo subway.

5. Where is the bathroom? – Hwa-jang-shil o-di-ye-yo
Sebab kita rasa nak buang air sebelum enjoy naik subway tanya pada orang Hwa-jang-shil o-di-ye-yo.

6. Right/left/straight – O-reun/wen/jik-jin
Dia pon bagitahu kita jik-jin, wen, jik-jin, wen, jik-jin, o-reun. Jauh pula. Jadi mommies rasa nak tahan je dalam kedinginan salju.

7. Terima kasih – Kam-sa-ham-ni-da
Mommies pun cakap padanya Kam-sa-ham-ni-da

8. Is there a/Do you have – iss-seo-yo?
Bila masuk kedai kosmetik mummies mula tanya tempahan kawan-kawan. Mulakan dengan iss-seo-yo limp tint? atau iss-seo-yo mask?

9. how much is it? – ol-ma-ye-yo
Dah dapat apa yang kita nak. Nak tau berapa harga. Mummy tanya ol-ma-ye-yo?

10. Ssa-yo: it’s cheap! / Bi-ssa-yo: it’s expensive!
Kalau rasa murah cakap Ssa-yo.

11. I’m sorry – Mi-an-ham-ni-da
Kalau dah tanya tapi tak nak beli (macam biasa) kita cakap Mi-an-ham-ni-da.

12. This one/ this thing – i-geot (with a silent t)
Kalau nak dah pilih cakap i-geot.

Mummies pun keluar kedai dengan penuh shopping bag di tangan. Mudah kan nak cuba cakap Korea ni? Hafal dan terus practice kan.

Pergi dalam kumpulan tak perlu belajar semua ni? Rugi tak belajar. Nanti kan ada masa lenggang atau shopping mummy kene pergi sendiri. Masa itulah nak guna semua ilmu yang ada 🙂

Annyeonghaseyo

Kak Erin