Mommies dah tonton video tips Kak Erin bawak anak-anak ke Legoland?

Apa yang Kak Erin kongsikan ialah bagaimana Kak Erin bawa 3 ninjas dalam kumpulan ke taman tema.

1. Waktu

Waktu atau timing untuk pergi ke Legoland kene tepat. Bila kita bawak anak-anak elakkan waktu puncak contohnya pada hujung minggu di cuti sekolah. Atau pun pada hujung bulan ketika orang baru dapat gaji. Atau pun semasa cuti perayaan seperti pada Tahun Baru Cina atau pun pada cuti umum seperti tahun baru.

Beratur lama-lama setiap kali naik permainan memang boleh buat mereka mengamuk. Jadi kita simpan cuti untuk luangkan masa 1 hari je tak lama pun untuk anak-anak tercinta. Selalu mereka beri kerjasama bila kita kene keluar awal pagi untuk ke pejabat dan pulang lewat malam, apa kata habiskan masa untuk mereka pula kan.

2. Bawa barang-barang ikut keperluan anak

Biasanya untuk pass kemasukan ke taman tema ni sekali je kan. Kalau nak masuk banyak kali kene la bagi alasan kukuh atau mereka memang halang terus dari masuk semula. Lagipun taman tema tu kan besar. Kalau setiap kali barang tak de asik nak keluar masuk dah buang masa di situ. Kemudian pintu masuk kan jauh dari tempat permainan. Anak tak mengamuk kita pula yang mengamuk kerana penat nanti.

Jadi buat checklist dan bawa semua barang keperluan. Contohnya baju persalinan anak, susu, lampin pakai buang, tuala, tisu basah, botol susu dan sebagainya.

3. Nursing cover

Nursing cover untuk menyusukan anak di tempat awam mestilah bawak untuk jaga aurat kita. Cepat, ringan dan mudah pula tu. Kita selesa anak pun selesa. Kalau pergi dalam group besar tak perlu nak suruh semua orang tunggu kita sementara kita menyusukan anak di nursing room.

Sementara kita menyusukan baby di kerusi bawah pokok pun kita boleh jaga barang sementara suami bawa anak-anak pergi naik permainan yang berdekatan dengan kita. Perkara mudah jangan disusah-susahkan yang penting cepat dan selesa di taman tema.

4. Baby carrier, stroller

Seterusnya bawa baby carrier, wrap, sling atau baby stroller apa pun jenis patut kita bawak untuk memudahkan pergerakan kita dalam taman tema. Tak perlu kita nak dukung anak dengan tangan. Tangan pun penat. Bila ada baby carrier kedua tangan kita dah bebas. Kita boleh pimpin tangan anak yang lain, boleh makan, bawa barang dan yang paling penting boleh bergaya dengan anggun dalam gambar.

5. Makanan

Kalau pergi ke taman tema memang mereka tak beri bawak masuk makanan. Tapi kita boleh bawa air masak untuk anak-anak. Penting untuk anak-anak minum cukup air kerana aktiviti yang mereka buat di taman tema menggunakan tenaga yang lebih banyak dari biasa. Bubur dan biskut untuk baby juga perlu ada supaya kita dapat terus beri pada anak sementara beratur untuk membeli makanan.

6. Pakai kasut

Tips seterusnya ialah pastikan anak-anak pakai stokin dan kasut yang sesuai dengan saiz kaki mereka. Taman tema pada kita dah terlalu besar. Kita jalan pun penat inikan anak-anak kita yang saiz tapak kaki mereka lebih kecil dari dompet kita. Jadi kasut yang selesa untuk mereka sangat penting untuk mereka berlari dan bermain dalam taman tema dengan gembira. Jika hujan turun mommies tak perlu risau bila anak-anak pakai kasut. Kaki anak terlindung dan dapat mengelakkan mereka daripada tergelincir.

7. Rancang aktiviti dari awal.

“If you fail to plan, you are planning to fail” bak kata Benjamin Franklin. Jadi kita siap-siap planning dari awal pagi. Nak lagi baik dari rumah lagi dah rancang permainan mana kita nak main dulu, di mana nak berhenti makan, di mana nak berhenti untuk solat. Kemudian kita bagi tahu anak-anak planning kita supaya mereka rasa mereka juga penting dalam ‘misi menawan taman tema’. Bila anak-anak dah tahu lepas ni kita nak buat apa dan nak pergi mana ia menjadikan perjalanan kita dalam taman tema tu lebih mudah dan lancar.

8. Kita Enjoy

Akhir sekali. Janganlah stress dan muka monyok je. Nak marah-marah anak. Kita kan di taman tema. Anak nak bergembira jadi apa kata kita cuba embrace our inner child. Nama pun kanak-kanak mestilah banyak kerenah. Kita bukan tak perlu bersabar sahaja tapi kita perlu TAHU macam mana nak uruskan mereka. Jadi kita sertai mereka sebab hari ni kan hari mereka bergembira.

Jumpa lagi.

Kak Erin