>>> 1 – Pandang mata anak setiap kali bercakap dengan mereka

Dunia hari ini buat kita buat-buat sibuk dan mengabaikan orang-orang yang penting tanpa kita sedari contohnya anak-anak. Setiap kali mereka bercakap kita sibuk memasak, mengemas atau pun menjawab whatsapp dan komen di Facebook.

Apa kata mulai sekarang kita pandang mereka setiap kali mereka hendak bercakap dengan kita. Tindakan kecil kita ini akan buat mereka rasa dihargai. Ini juga akan buat mereka lebih kreatif dan memerhatikan sekeliling mereka dengan lebih teliti kerana mereka hendak bercerita kepada mommy dan daddy mereka. Jadi dengar dan lihat mata mereka semasa mereka bercakap dengan mommies.

 

>>>2 – Peluk anak-anak setiap hari dan cium mereka

Kembali kepada sentuhan ibu yang selalu Kak Erin tekankan. Kalau anak kecil boleh kita selalu peluk cium mereka. Tapi kalau anak-anak dah besar kita masih belum terlambat untuk mulakan tau. Kita boleh peluk mereka dari sisi contohnya semasa membeli belah. Gosok kepala mereka semasa mereka sedang belajar. Minta izin untuk urut bahunya lepas hantar snack semasa sedang belajar. Apa-apa pun yang beri sentuhan kulit ke kulit pada anak akan buat mereka rasa dihargai.

>>> 3 – Beritahu mereka satu perkara yang mommies suka pada mereka – spesifikkan dan variasikan.

Siapa yang tak suka dipuji? Mommies kalau masak sedap pun nak orang yang makan puji kan? Tak banyak. Kata sedap pun kita dah puas hati. Tak payah makan amik bau pun dah boleh puji. Apa kata kita mula hargai anak kita dan puji mereka dalam kerja mereka contohnya “mummy suka kakak lukis bunga. Kakak memang ada bakat melukis”

Atau “mummy suka tengok abang makan sampai habis. Membazir tu kan amalan syaitan”.

>>> 4 – Ajar anak skill baru

Perkara yang Kak Erin suka buat dengan anak-anak ialah memasak dengan mereka. Yup betul. Bukanlah setiap malam tapi akan ada masa kami masak bersama. Dengan mengajarkan skill memasak walaupun anak Kak Erin semua lelaki setakat ini penting untuk mereka belajar survival skill ni. Bila kita buat aktiviti bersama akan buat mereka rasa mereka juga penting dalam hidunp mommy and daddy mereka.

>>> 5 – Biar mereka memilih

Kadang-kadang beri anak-anak buat pilihan. Pagar rumah patut warna hijau atau kuning? Dinding rumah warna hitam atau putih? Tengah hari ni kita nak makan apa ye? Bukan lah semua hal mereka kene putuskan tapi kenapa tidak sesetengah perkara kita dengar pendapat mereka. Mereka pasti ada pandangan dan alasan mereka sendiri.

Lagi pun kenapa kita perlu bebankan fikiran dengan semua hal. Kongsikan dengan anak kerana mereka juga penting dalam hidup kita. Bila kita terima pandangan mereka, mereka akan rasa lebih berkeyakinan tinggi. Mereka juga akan belajar cara untuk meluahkan pendapat dan mempertahankan pandangan mereka.

>>> 6 – Beritahu mereka “Mommy sayang kamu.”

Beritahu. Allhamdulillah kita boleh bercakap dan anak boleh mendengar. Jadi kenapa tak gunakan deria yang Allah bagi ini dengan perkara yang penting macam cakap ‘I LOVE YOU’. Masa mommy yakin nak kahwin dengan daddy dulu mesti mommy nak dengar daddy cakap ‘I LOVE YOU’ dulu walaupun daddy dah bagi macam-macam untuk tunjukkan dia cinta mommy. Kenapa kene dengar daddy cakap juga?

Sebab perkataan ‘I LOVE YOU’ tu bermakna kan? Bermakna sangat-sangat. Sebab itu lah kita kene cakap pada anak-anak juga. Sebab mereka nantikan perkataan itu dan hargai sangat-sangat bila mommy cakap ‘ I LOVE YOU ANAK’.

Perkara mudah yang tak selalu kita buat. Boleh mula buat sekarang ye.

Kak Erin