Tiada magik yang dapat membantu bila bercakap tentang kolik. Walau bagaimana pun ada langkah-langkah yang mommies boleh ambil untuk mengawal keadaan tersebut. Kita lihat semua aspek yang mommies perlu tahu tentang kolik, tanda-tanda dan rawatan yang berbaloi untuk dicuba.

Apa itu kolik?

NHS mentafsirkan kolik ialah tangisan bayi yang berlebihan sehingga tidak dapat dibendung dan terjadi berulang-ulang kali. Sekurang-kurangnya 3 jam sehari dalam 3 hari seminggu berlarutan hingga 3 minggu lamanya. Keadaan ini berlaku pada bayi yang sihat dan yang dijaga dengan baik. Kolik boleh terjadi pada bayi berusia 3 bulan pertama dan biasanya berlaku pada waktu petang dan malam.

Separuh bayi akan mengalami kolik pada satu peringkat. Walaupun perkara ini biasa berlaku tetapi tiada sebab yang konklusif dapat dikenal pasti maka tiada rawatan yang khusus untuk merawat apabila kolik berlaku. Banyak simptom kolik yang melibatkan ketidak selesaan perut.

Hal ini menyebabkan beberapa pakar membuat teori bahawa kolik berkait rapat dengan reflux (susu di dalam perut naik semula hingga ke esofagus). Ia juga berkait dengan alergik protin susu, tidak boleh bertoleransi dengan laktosa dan angin. Ramai pakar bersetuju tetapi dalam sesetengah kes, ia juga berkait rapat apabila bayi tertekan.

Apa simptom-simptom kolik?

Walaupun simptom-simptom kolik berbeza dari seorang bayi dengan bayi yang lain, bayi yang sedang mengalami kolik akan:

– Menangis seperti dalam kesakitan

– Menangis atau berhenti menangis secara tiba-tiba

– Menangis dalam keadaan tangan yang digenggam erat, kaku dan perut menjadi keras.

Bayi yang mengalami kolik tidak dapat ditenangkan dengan cara biasa seperti beri susu dan main-main ketuk pintu.

Berapa banyak jenis kolik yang ada?

Jururawat bersalin dan konsultan kolik Fe Baker telah bekerja dengan beratus-ratus orang bayi dan percaya ada empat jenis kolik, setiap satu mempunyai simptom dan sebab yang tertentu.

1. Kolik Pencernaan

Bayi yang baru lahir mempunyai sistem pencernaan yang belum matang, jadi bayi akan rasa sakit di bahagian perut atau abdomen. Ini pandangan perubatan tradisional tentang kolik dan inilah yang kebanyakan orang maksudkan bila mereka cakap tentang kolik.

Bayi mommies biasa begini?

  • Bayi saya seperti tidak selesa dan selalu menangis selepas sejam menyusu terutama pada waktu malam.
  • Kadang-kadang bayi saya angkat lutut ke dadanya.
  • Apabila dia menangis kadang-kadang bunyi seperti sedang mengerang.
  • Perutnya gombong dan terasa agak keras.
  • Saya perasan bayi saya merengek dan mengeliat semasa tidur.
  • Bayi saya selalu menangis perlahan pada mulanya kemudian ia menjadi lebih kuat.
  • Bayi saya ambil masa untuk burp tetapi apabila dia burp banyak susu keluar semula.
  • Bayi saya nampak seperti tidak selesa sebelum buang air besar.

Bagaimana merawat kolik pencernaan?

Jika bayi mommies mengalami kolik pencernaan, tiba masa untuk jadi penyiasat. Ada beberapa sebab kemungkinan seperti ketidak seimbangan aras asid perut, reflux atau tidak bertoleransi dengan susu. Kenal pasti kemungkinan untuk mencari penyebab berlakunya kolik. Mommies sepatutnya dapat mengenal pasti masalah dan ambil tindakan untuk merawatnya.

  • Cari petunjuk: Adakah bayi mommies mengalami cirit-birit, sembelit, najis berbau busuk, lidah putih atau mempunyai ruam lampin? Jika mommies kenal pasti beberapa tanda-tanda ini maklumkan pada doktor. Besar kemungkinan ini penyebab bayi mommies menangis.
  • Susukan anak dengan berhati-hati: Jika bayi mommies mengalami kolik pencernaan, berkemungkinan kesan dari jadual penyusuan setiap 3 hingga 4 jam. Jika boleh pastikan bayi mommies mempunyai masa untuk menghadamkan susu antara setiap penyusuan. Lebih baik tenangkan bayi yang sedang menangis terlebih dahulu sebelum menyusu berbanding terus menyusukannya untuk hentikan tangisan. Jika tidak udara yang bayi sedut bersama susu boleh menyebabkan simptom kolik pencernaan bertambah parah.
  • Lihat posisi menyusu mommies. Sama ada mommies menyusu badan ataupun botol. Dagu bayi mesti ke atas supaya bayi boleh hisap, nafas dan telan tanpa menelan udara dalam masa yang sama.
  • Kosongkan satu payu dara dalam satu masa: Jika mommies menyusu badan, biar bayi mommies menyusu hingga habis di sebelah payudara sebelum tawarkan sebelah lagi. Jika mommies beri susu bergilir-gilir antara dua payudara, bayi hanya akan dapat fore milk atau susu awalan. Susu ini tinggi dengan protin dan gula tetapi rendah lemak. Ia akan mengurangkan lapar tetapi boleh menyumbang kepada kolik.
  • Buat pemeriksaan jika bayi menyusu botol: Jika bayi menyusu melalui botol, periksa saiz puting supaya sesuai dengan umurnya. Cara mommies memegang botol semasa menyusu juga penting. Pastikan tiada udara dalam puting semasa bayi menyusu. Ambil masa untuk pastikan susu formula itu sentiasa sebati dan suhu susu yang tepat.

2. Kolik Fizikal

Dalam beberapa minggu selepas dilahirkan, bahagian badan bayi mungkin mengalami perubahan. Proses kelahiran yang berlaku terlalu pantas sama ada secara semula jadi mahupun c-section beri perubahan keadaan bayi dari dalam rahim yang sempit kepada keadaan di luar yang luas.

Tiada apa yang berlaku sebenarnya apabila terjadinya kolik fizikal melainkan bayi mommies mungkin masih terasa kesan terperap di dalam rahim. Bayi mungkin mengalami ketidak selesaan otot, tulang atau sendi terutama di leher, belakang dan pinggul. Ini sama jika mommies rasa sakit belakang atau ketidak selesaan di belakang badan kerana duduk di kerusi lama-lama.

Bayi mommies biasa begini?

  • Bayi baru lahir saya seperti sentiasa tidak selesa. Dia banyak menangis, dan lebih teruk pada waktu malam. Walau macam mana pun saya pegang dia, dia tetap rasa tertekan dan terus manangis. Biasanya dengan pelukan dapat bantu tenangkan dia.
  • Bayi saya boleh tidur lena dan boleh ditinggalkan sendirian tetapi dalam masa yang pendek sahaja. Dia selalu terjaga dan menangis dengan tiba-tiba.
  • Bayi saya tiada masalah untuk keluarkan angin dan jururawat yang datang ke rumah kata najisnya normal. Kadang-kadang selepas menyusu dia muntah sedikit susu tapi tidak pernah muntah semua susu yang diminum.
  • Kalau saya mahu bantu bayi keluarkan angin dengan letakkan dia di bahu saya dia akan mengeliat ke belakang dan nampak gelisah.
  • Bayi saya menangis serta merta jika saya baringkan dia secara meniarap (perut di tilam).

Bagaimana merawat kolik fizikal?

Jika mommies fikir bayi mommies mengalami kolik fizikal, renggangkan badannya dengan lembut. Ini akan membantu bayi rasa lebih selesa.

  • Gerakan lembut: biasa gerakkan bayi dengan lembut dengan menjadikan rutin harian – gerakkan bayi mommies secara lembut dan perlahan seperti semasa mandi, atau memakai baju.
  • Renggangan atas badan: baringkan bayi dengan belakangnya di atas tilam dan tanggannya di buka luas. Perlahan-lahan pegang kedua-dua belah tangannya dan buat gerakan seperti menepuk tangan kemudian buka tangannya kembali. Kemudian bawa tanggannya ke bahu secara bersilang seperti dia memeluk dirinya sendiri kemudian buka tangannya kembali. Baringkan bayi di sisi kemudian angkat tangan ke atas arah kepala dan turunkan kembali. Buat bahagian sebelah lagi. Akhir sekali, angkat kedua-dua belah tangan bersama ke atas arah kepala dan turunkan semula.
  • Renggangan bawah badan: baringkan bayi mommies dengan belakang badan di atas lantai. Pegang kedua-dua belah buku lali dengan kedua belah tangan mommies, angkat kaki bayi dengan lembut sehingga punggungnya terangkat sedikit tetapi kekalkan posisi bahu bayi di atas lantai. Angkat lebih rendah dan ulang. Seterusnya pegang kaki bayi dan bengkokkan perlahan-lahan lututnya, kemudian biarkan lututnya terbuka keluar dan tepuk kedua-dua tapak kakinya seperti tepuk tangan. Ulang. Sekarang pegang bahagian bawah lutut bersama dan bengkokkan lutut ke arah perut. Pegang, dan ulang. Akhirnya, luruskan kaki sebelah di atas lantai dan bengkokkan sebelah lutut ke arah bahu yang bertentangan. Pegang dan ulang.
  • Urutan bayi: Cara ini yang bagus untuk membantu ketidak selesaan fizikal.

3. Kolik Intelektual

Bayi yang dirangsang secara berlebihan boleh terganggu apabila terlalu banyak perkara untuk dia hadam. Ini selalunya berlaku pada bayi berumur lebih sebulan. Bayi akan nampak lebih peka, suka memerhati dan sangat bijak.

Adakah bayi mommies begini?

  • Bayi saya yang berumur sebulan selalu menangis tiba-tiba tanpa sebab yang jelas terutama pada waktu malam.
  • Kadangkala apabila kami di luar bayi saya akan menangis dengan kuat walaupun sebelumnya dia gembira dan nampak berminat dengan apa yang dia main atau lihat.
  • Bayi saya tidak tidur lama. Biasanya 20 minit sahaja dalam satu-satu masa walaupun kami sudah buat macam-macam aktiviti untuk buat dia penat. Kadang-kala dia bangun dan terus menangis.
  • Bayi saya tidak begini dalam beberapa minggu pertama tetapi sekarang sukar untuk tenangkan dia apabila dia mula menangis.

Bagaimana bantu bayi mommies yang mengalami kolik intelaktual?

Cara menenagkan bayi yang mengalami kolik intelektual ialah buat bayi mommies mudah sesuaikan diri dalam dunia baru ini.

Mainkan bunyi putih: Bunyi humming yang berterusan akan menenangkan kolik jenis ini kerana ia menyerupai degupan jantung mommies yang dia biasa dengar ketika di dalam rahim.

Perbaiki rutin harian: biasakan buat aktiviti bersama bayi dalam jangka masa yang pendek.

4. Kolik Emosi

Kadang-kadang sukar untuk melihat punca sebenar untuk kolik jenis ini: bayi tiba-tiba rasa tidak selamat dalam dunia baru ini dan perlukan mommies yakinkan dia bahawa semuanya baik-baik sahaja. Atau mungkin bayi dapat rasakan emosi mommies yang selalu persoalankan diri adakah saya dah buat yang terbaik? atau tangisan bayi akan buat mommies kecewa?

Adakah bayi mommies begini?

  • Bayi saya menangis di waktu yang sangat kritikal – di hujung hari semasa saya kepenatan atau semasa dia hendak mandi.
  • Saya kecewa bila kadang-kala saya rasa saya tidak tahu apa yang dia mahu.
  • Bayi menangis lama dalam keadaan merengkot.
  • Sedikit bunyi pun boleh buat dia terjaga jadi saya sentiasa penat.
  • Kadangkala jika saya berhenti buat kerja dan angkat dia, dia gembira tapi bila saya letak dia semula, dia akan menangis.

Bagaimana membantu bayi yang sedang kolik emosi?

Cara yang paling berkesan untuk mommies dan bayi ialah semakin tinggi keyakinan mommies semakin tenang bayi.

  • Jadi positive. Mommies dah buat kerja yang hebat! Dengar bisikan hati dan ingat ianya normal untuk mommies baru, risau dan mahu berikan yang terbaik untuk bayi.
  • Ambil masa sendiri: Jika bayi mengalami kolik di waktu malam, biar pasangan mommies jagakan bayi untuk 10 minit sementara mommies ambil angin di luar sebentar. Mommies akan kembali dengan minda yang tenang dan akan dapat membantu tenangkan bayi dengan lebih baik.
  • Bedung bayi mommies: Membedung bayi yang terlebih sensetif akan buat bayi rasa selamat seperti dalam rahim. Ini akan bantu bayi untuk rasa lebih tenang.

Berapa lama kolik akan berpanjangan?

Dalam kebanyakan kes, kolik akan berlaku dalam beberapa bulan dan akan berkurangan bila bayi berusia empat hingga enam bulan.

Adakah kolik merbahaya pada bayi mommies?

Mommies mungkin lihat bayi mommies sedang dalam kesakitan tetapi biasanya ia tidak memudaratkan. Malah kolik sebenarnya memberi lebih banyak tekanan kepada mommies berbanding bayi. Penting untuk mommies dalam keadaan setenang yang mungkin dan ingat ini bukan salah mommies.

Bila saya patut cari bantuan untuk kolik?

Cari bantuan jika bayi mommies menangis dan menunjukkan tanda-tanda sakit contohnya seperti muntah, suhu badan naik melebihi 38C, bayi melepet dan tidak memberi tindak balas, mempunyai ruam yang tidak bertukar putih jika ditekan dengan gelas atau tidak mahu menyusu dalam beberapa jam.

credit: www.motherandbaby.co.uk