Bayi berangin ke atau kembung perut tu biasa kan. Ianya fakta kerana ianya semulajadi.

Jom kita lihat dari mana ia datang dan mengapa bayi kembung perut boleh menyebabkan sakit dan ketidak selesaan. Kita tengok juga apa rawatan yang boleh mommies ambil untuk mengatasi masalah kembung perut ini.

Semua bayi berangin tapi ada bayi yang berangin lebih banyak dari bayi lain. Sesetengah bayi juga mudah mengeluarkan angin bergantung juga pada genetik dan cara penjagaan mommies.

Normal jika bayi mommies berangin tapi jangan sampai tahap bayi jadi tidak selesa. Tanda-tanda yang boleh mommies lihat seperti kembung perut, perut mengeras, selalu burp, meludah, tersedu, meragam dan sentiasa dalam kegelisahan.

Klik Sini & Dapatkan 15% kupon diskaun sempena pelancaran Narinar Roll On Series 

Dari mana angin bayi datang?

Angin dalam bayi biasanya terhasil dari beberapa faktor bukan semata-mata 1 faktor sahaja. Ada pelbagai cara angin boleh masuk ke sistem pencernaan bayi. Angin biasanya terhasil dalam saluran pencernaan dari bayi minum susu kali pertama lagi sama ada susu badan mahupun susu formula.

Angin pada bayi baru lahir biasanya dari pencernaan laktosa, protin dan beberapa nutrian.

Apa yang menyebabkan bayi sakit bila kembung perut?

Gas terhasil secara semulajadi dari pencernaan nutrien dalam susu badan atau susu formula. Sistem pencernaan biasanya keluarkan angin tanpa menyebabkan ketidak selesaan. Walau bagaimana pun kerana gas itu semakin kuat ia menghasilkan tekanan ke arah yang berlawanan dengan aliran gastrik. Apabila gas teperangkap dalam usus, bayi akan rasa sakit kerana tekanan yang meningkat. Ada beberapa faktor yang menyebabkan hal ini berlaku:

1. Salah teknik penyusuan

Teknik penyusuan yang salah sama ada dari payudara atau botol menyebabkan banyak udara ditelan semasa menyusu.

2. Menangis

Selsema Biasa vs Selsema Kronik

Menangis boleh menyebabkan bayi menelan udara terutama jika bayi menangis kerana kelaparan dalam masa yang lama sebelum dapat susu. Oleh kerana menanngis ialah simptom dan penyebab gas ia akan menjadi kitaran yang memudaratkan bayi.

3. Pencernaan yang tidak matang

Sistem pencernaan manusia sangat kompleks. Ia mempunyai sistem saraf yang tersendiri, sistem saraf enterik yang mengawal perjalanan kandungan usus dalam pergerakan seperti ombak dipanggil peristalsis. Usus bayi yang baru lahir berterusan berkembang dalam proses menjadi matang selepas bayi lahir.

Usus bayi mommies masih belajar cara memproses makanan, gas dan najis dengan berkesan. Gas boleh hadir kerana ketidak matangan flora mikro dalam usus, metabolisma karbohaidrat dan kitaran hormon. Gas juga boleh menyebabkan simptom sembelit berlaku.

4. Alergik dan sensetif pada makanan

Susu ibu mengandungi kesan makanan dari diet mommies. Sesetengah bayi mungkin sensetif pada kesan makanan ini berdasarkan La Leche League. Sebuah kajian dari Universiti Minnesota dapati kaitan antara diet ibu menyusu dan siptom kolik. Ibu menyusu yang mengambil susu lembu, bawang, sayuran seperti kobis, brokoli, bunga kobis dan coklat lebih berkaitan dengan kolik pada bayi.

Walau bagaimanapun dalam kebanyakan kes, tiada sebab untuk seorang ibu menghadkan dietnya terutama dari makanan yang berkhasiat. Jika mommies rasa bayi mommies sensetif terhadap sesetengah makanan atau tidak boleh toleransi makanan, cuba buat journal makanan untuk mengenal pasti punca simptom seperti bayi meragam dan gas. Jika mommies rasa sekatan diet membantu bayi mommies, minta nasihat doktor. Dalam penyusuan bayi dengan susu formula, cuba formula hipoalergik yang dapat membantu bayi yang alah dengan protin susu lembu.

5. Terlalu banyak laktosa

Susu ibu biasanya dianggap mengandungi foremilk dan hindmilk. Foremilk ialah susu yang keluar pada awal penyusuan. Susu ini mengandungi lebih banyak gula, laktos, diikuti dengan hindmilk yang lebih kaya dengan lemak. Sesetengah pakar percaya bahawa terlalu banyak foremilk boleh menyebabkan laktosa berlebihan. Ini boleh menyebabkan bayi meragam ataupun gas. Ramai pakar laktasi mencadangkan habiskan sebelah payudara dulu sebelum beralih ke sebelah lagi.

Sesetengah ibu mungkin mempunyai susu yang lebih, keadaan ini dikenali sebagai sindrom hyperlaktasi. Dalam situasi ini, susu biasanya keluar dengan cepat atau laju menyebabkan bayi gag (seakan-akan ingin muntah) atau meragam semasa menyusu. Hubungi doktor atau konsultan laktasi jika mommies berminat mempelajari lebih banyak tentang susu berlebihan atau komposisi susu badan.

6. Terlebih menyusu

Terlebih menyusu boleh menyebabkan perut bayi tidak boleh menerima terlalu banyak susu dalam satu masa. “Menyusu terlalu pantas boleh menyebabkan berlebihan laktosa dan meningkatkan gas usus hasil dari lebihan peleraian laktosa kata Bill Sears M.D professor pediatrics di Universiti Irvine dan penulis buku The Baby Book.

7. Transient Lactase Deficiency (TLD)

Ketidak upayaan sementara untuk menghasilkan enzime iaitu lactase yang cukup untuk menghadamkan lactosa. Ada kajian yang mengatakan kekurangan enzime ini yang menyebabkan kolik pada bayi tapi kajian ini tidak disahkan. Umum mengetahui bayi tidak mengalami alah pada laktosa shinggalah berusia sekitar 2 tahun jika ia memang alah pada laktosa. Malah laktosa dalam susu ibu diakui menggalakkan penyerapan mineral dan menghasilkan usus flora yang sihat.

8. Perkenalan pada makanan baru

Makanan baru boleh buat bayi bergas kerana ususnya belajar untuk memproses makanan tersebut. Lebihan kandungan gula yang tinggi dalam makanan seperti jus boleh menyebabkan bayi bergas atau najis cair.

Tips melegakan kembung perut pada bayi

Klik Sini & Dapatkan 15% kupon diskaun sempena pelancaran Narinar Roll On Series 

Bayi kembung perut buat bayi sakit. Mommies pun susah hati dan tak dapat nak buat kerja. Cuba cara ini untuk legakan kembung perut pada bayi

1 –  Teknik susuan:

Perbaiki teknik susuan boleh menghalang bayi dari menelan angin.

Jika menyusu badan letakkan kepala dan leher bayi lebih tinggi dari perutnya. Jika menyusu botol, susukan dalam keadaan menegak dan angkat botol ke atas supaya ruang udara naik keatas dan susu sepenuhnya dalam puting.

2- Burp semasa dan selepas menyusu:

Pakar kanak-kanak sarankan burp bayi dalam keadaan duduk sebagai cadangan awal tapi mommies boleh burp bayi dengan pegang ia diatas bahu mommies. Cuba burp bayi dengan dodoikan bayi secara lembut dalam keadaan duduk. Cuba burpkan bayi di tengah-tengah dan selepas susuan. Sabar, kerana ia mungkin ambil masa beberapa minit untuk udara dan gas dalam perut bayi keluar. Jika bayi tidak burp dalam beberapa minit boleh teruskan penyusuan.

3 – Maklumkan pada konsultan laktasi jika menyusu badan:

Pastikan bayi menyusu dengan betul dan setiap susuan tidak terlalu cepat atau terlalu perlahan. La Leche League menasihatkan bayi patut menyusu dalam posisi yang selesa. Hubungi konsultan laktasi yang terdekat mommies.

4 – Gunakan botol dan susu formula yang sesuai jika menyusu botol:

Botol yang terbaik mempunyai puting yang lembut dan menutupi mulut dan bibir bayi sepenuhnya untuk menghalang udara dari masuk bersama susu. Susu harus mengalir secara berterusan dan perlahan supaya bayi punya masa untuk minum dan telan tanpa menelan secara berlebihan. Kadangkala, bertukar susu formula juga boleh mengurangkan simptom gas.

Terapi Fizikal

Bukan Kak Erin lah kalau tak buat terapi fizikal ni. Walaupun dah menyusu dengan betul, bayi tetap rasa tidak selesa kerana tersedu dan gas dalam badan yang terperangkap. Burp tidak semestinya efektif kerana gas terperangkap dalam usus dan perut. Jika si comel kelihatan bergas, terapi luaran seperti berikut bantu keluarkan gas jika dilakukan dalam 30 minit selepas menyusu atau apabila simptom kembung perut mula kelihatan

5. Pegang seperti bola rugbi:

Pegang bayi muka kebawah dan perut diletakkan atas lengan mommies, kaki berlingkar di pergelangan tangan mommies dengan dagu hampir dengan siku mommies. Graviti akan beri tekanan pada perut kecil bayi yang boleh beri keselesaan dan mengeluarkan angin. Gosok belakang bayi dengan lembut untuk tekanan tambahan. Hasil yang sama boleh dapat bila mommies meniarapkan bayi di atas kaki semasa mommies duduk atas kerusi.

6. Masa untuk perut:

Biarkan bayi luangkan masa atas perut semasa dia jaga sambil mommies perhatikan dia. Tekanan lembut dari graviti bantu gas yang terperangkap keluar. Ini juga membantu bayi menguatkan tulang belakang, tangan dan leher.

7. Urutan perut:

Sementara bayi baring, gosok dengan lembut perut bayi arah jam kemudian tarik tangan bawa ke arah lengkungan pada perut bayi. Sesetengan jururawat pediatric guna mesej “I Love You’ – gunakan dua atau tiga jari dan tekan lembut di sekeliling abdoman dan tulis huruf “I”, “L” dan “U”. Ulang beberapa kali untuk bantu gerakkan gas yang terperangkap.

8. Kayuhan basikal:

Semasa bayi baring dan muka menghadap ke atas, gerakakan kedua-dua belah kaki secara perlahan ke depan dan belakang seperti mengayuh basikal. Gerakan bulatan ini menghasilkan pergerakan pada usus yang membantu mengeluarkan gas yang terperangkap.

9. Essential oils

Gunakan essential oils atau pati minyak yang bersesuaian untuk kembung perut seperti pappermint, aloe vera, lemon, bidara dan serai wangi. Bila gunakan essential oils untuk bayi pastikan ikut nasihat pakar walaupun gunakan dalam amount yang kecil.

Ingat ye maklumat ini bukannya nasihat medikal. Tolong jumpa doktor jika baby mommies mengalami demam, cirit birit, muntah, tidak mahu menyusu dan asik menangis atau apa-apa simptom yang buat mommies risau.

Klik Sini & Dapatkan 15% kupon diskaun sempena pelancaran Narinar Roll On Series