Bayi mommies selalu demam bila petang. Bila lepas mandi petang je dah mula demam. Meragam. Asik nak berdukung je. Tidur pun sekejap-sejekap je.

Ini Cara Kak Erin redakan bayi demam malam.

 

1. Pastikan suhu badan bayi

 

Mula-mula kita kene pastikan suhu badan bayi. Kak Erin gunakan digital thermometer sebab suhunya lebih tepat. Lagi pun selamat. Kalau kita guna thermometer mercury bahaya jika pecah kerana mercury itu beracun.

Jangan ambil suhu bayi lepas bayi mandi. Ataupun semasa dia dibedung juga selepas diselimutkan untuk jangka masa yang panjang. Jika tidak bacaan suhu badan bayi akan terganggu. Tunggu selama 20 minit sebelum mengambil bacaan suhunya. Baca cara penggunaan thermometer di kotak jika ini kali pertama mommies menggunakannya.

Lihat suhu badan bayi seperti berpandukan suhu berikut:

  • Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius
  • Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius
  • Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius (segera bawa jumpa doktor)

(Demam tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius.)

Klik Sini & Dapatkan 15% kupon diskaun sempena pelancaran Narinar Roll On Series 

2. Lakukan Kaedah ‘Sponging’

 

‘Sponging’ atau menjerlumkan kepala bayi mommies merupakan salah satu alternatif untuk menurunkan suhu anak demam malam. Cara untuk melakukan ‘sponging’ ini adalah:

Sediakan air suam dalam besen dan sehelai tuala kecil.

  • Titiskan 2-4 titik aromatherapy khusus untuk menurunkan suhu badan (pilihan).
  • Rendamkan tuala dan perahkan airnya.
  • Kemudian, lapkan air suam pada kepala bayi perlahan-lahan menggunakan tuala kecil, di celah ketiak dan sepanjang tangan terutamanya di pelipat lengan.
  • Lapkan juga di celah peha dan pelipat kaki.
  • Akhir sekali lapkan di belakang badan bayi terutama di sepanjang tulang belakang.
  • Ulang cara tersebut dan lakukan selama 30 minit.

 

3. Pakaikan bayi dengan pakaian nipis

Kain kapas yang baik pengudaraannya lebih sesuai untuk buat bayi rasa selesa dan menyerap peluh. Pakaian yang nipis juga penting supaya haba boleh keluar. Pakaian tebal memang buat bayi berpeluh dan rasa sejuk. Tapi yang turun hanya suhu luar badan sahaja. Suhu dalam badan masih tinggi. Tutup kipas dan jangan pasang penghawa dingin.

 

4. Pastikan bayi kekal hidrasi.

Jika bayi yang berusia 6 bulan ke bawah beri susu secukupnya. Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas dan sudah makan makanan keras mommies harus rajin beri anak minum air sedikit-sedikit tetapi kerap. Contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air kepadanya. Alternatif lain adalah mommies boleh masak makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam dan bubur.

 

5. Aromatherapy

Kak Erin suka gunakan rawatan semulajadi dulu jika bayi baru demam di peringkat ringan dan biasa. Oleh sebab itu Kak Erin akan sapukan aromatherapy khusus untuk menurunkan suhu badan di pelipat tangan, pelipat kaki, di pusat dan sepanjang tulang belakang. Kak Erin juga buat teknik feathering di sepanjang tulang belakang untuk meningkatkan penyerapan aromatherapy ke dalam kulit bayi.

Rawatan tradisional untuk rawat bayi demam

Klik Sini & Dapatkan 15% kupon diskaun sempena pelancaran Narinar Roll On Series 

1. Daun Bunga Raya

Daun bunga raya senang nak cari kan. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas hancur sehingga keluar lendirnya. Kemudian sapukan pada kepala dan ubun-ubun bayi dan ulang beberapa kali dalam sehari hingga demam bayi kebah.

2. Kelapa Muda

Beri bayi 6 bulan dan ke atas minum air kelapa muda asli terus dari buah kelapa muda dua kali sehari sekiranya demam bayi berpanjangan dan masih tidak mahu kebah walaupun dah beberapa kali makan ubat.

 

3. Bawang Merah

Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Campur dengan sedikit minyak tumbuhan seperti minyak kelapa dan lumur ke bahagian punggung dan dada bayi.

 

4. Ubi Kayu

Mungkin ubi kayu ni susah nak korek dalam tanah kalau kita tinggal di apartment 15 tingkat. Tapi ubi kayu memang boleh menurunkan suhu badan yang tinggi. Caranya ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu dan hasilnya tempekkan ke dahi bayi. Apabila parutan ubi itu sudah kering, gantikan dengan yang baru sehingga panas tu turun ke paras biasa.

 

5. Air Asam Jawa

Dah tengah malam tapi suhu badan anak tetap tinggi walau dah bermacam-macam cara buat. Jangan risau. Masuk ke dapur kesayangan mommies tu dan ambil sejemput asam jawa. Ramaskan dengan sedikit air. Sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepala bayi. Biarkan air asam jawa tu kering dengan sendiri. Lepas kering cek suhu badan bayi. Ulang teknik ini beberapa kali sehingga suhu turun.

 

6. Sirih Pinang

Cara ni tak mudah nak buat. Bukan caranya yang sukar tapi nak dapatkan daun sirih tu yang tak pernah ada di dapur. Jika ada caranya ambil beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Tumbukkan kesemua bahan tu sehingga hancur lumat menjadi paste dan campurkan dengan sedikit air suam. Sapukan paste tersebut pada kepala bayi yang demam. Ulang cara ini tiga kali sehari sehingga demam anak reda. Nampak tak tepak sirih yang orang-orang tua kita bawa kehulu hilir zaman dulu sebenarnya sebuah peti kecemasan.

 

7. Aromatherapy

Cara ini tak banyak digunakan secara tradisional dalam masayarakat Nusantara. Namun cara ini diguna pakai dalam perubatan tradisional di Eropah, India, Mesir dan China. Pati bunga dan tumbuhan yang kaya dengan manfaat menurunkan suhu badan dengan pantas seperti peppermint. Cara gunanya mudah je sapukan pati minyak yang di adun bersama minyak sayuran di pelipat lengan dan kaki. Kemudian sapu pada pusat dan sepanjang tulang belakang.

Demam anak tu biasa tapi jangan dipandang biasa-biasa. Pastikan thermometer sentiasa berfungsi dan segara bawa bayi jumpa doktor jika suhu badannya lebih 40 darjah celcius.

Klik Sini & Dapatkan 15% kupon diskaun sempena pelancaran Narinar Roll On Series