Bayi perlu berusaha lebih kuat untuk mempunyai pergerakan usus yang lancar. Jadi bila bayi meneran bukanlah satu perkara yang membimbangkan walaupun bayi menangis sehingga muka menjadi merah atau ungu. Cuba mommies bayangkan mommies cuba buang air besar sambil berbaring.

Berapa kerap bayi patut buang air besar?

Mommies mesti risau bila bayi tidak cukup buang air besar kan. Bayi yang minum susu formula biasanya buang air besar sekurang- kurangnya sekali sehari tetapi boleh jadi sekali dalam satu hingga dua hari.

Bagi bayi yang menyusu dengan susu ibu bergantung pada usianya. Dalam bulan pertama kelahiran hingga masuk bulan ke tiga buang air besar kurang dari sehari sekali boleh bermakna bayi mommies tidak cukup makan. Walau bagaimanapun bayi yang menyusu badan boleh buang air besar beberapa hari sekali ataupun seminggu sekali kerana bayi menggunakan setiap titik susu yang diminum untuk tumbesaran. Asalkan najis yang keluar lembut dan tidak berdarah itu dah cukup bagus.

Apabila bayi comel mommies semakin membesar sekitar berusia 3 hingga 6 bulan kekerapan buang air besar antara bayi minum susu ibu dan susu formula hampir sama iaitu sekitar dua hingga empat kali dalam sehari. Manakala untuk bayi berusia 6 hingga 12 bulan pula kekerapan buang air besar akan menurun kepada 5 hingga 28 kali dalam seminggu atau dalam 1.8 sehari.

Angka ini hanyalah purata boleh jadi lebih atau kurang ikut diet bayi mommies. Menurut kata Lisa Santo Domingo seorang Pengarah Perubatan di Hospital Johns Hopkins, bilangan buang air dalam sehari bukan isu yang perlu di beri perhatian tetapi isu adakah najis bayi keras bila keluar? Pemerhatian inilah yang menandakan bayi mommies mengalami sembelit.

Klik Sini & Dapatkan 15% kupon diskaun sempena pelancaran Narinar Roll On Series 

Skala Najis Bristol

Skala Najis Bristol ialah panduan medikal yang mengkategorikan 7 jenis najis manusia. Dengan panduan ini mommies dapat mengenal pasti sama ada bayi mommies mempunyai sembelit atau tidak.

Bagi Type 1. Najis yang keluar seperti najis kambing dan arnab. Keras dan berketul-ketul. Najis jenis ini menandakan sembelit yang serius.

Bagi Type 2. Najis yang keluar berketul-ketul tapi melekat antara satu sama lain dan membentuk seperti sosej. Najis jenis ini menunjukkan sembelit ringat dan akan menjadi serius jika tidak dibendung dengan segera.

Type 3 pula najis keluar seperti sausage tetapi tidak berketul. Hanya ada rekahan saja dipermukaannya. Najis jenis ini dikategorikan sebagai normal.

Type 4. Najis yang keluar licin dan lembut seperti sosej atau ular. Najis jenis ini dikategorikan juga sebagai normal.

Type 5. Najis yang keluar dalam kategori ini lembut dan keluar dengan mudah. Walaupun ia keluar seketul-seketul tapi ia punya potongan yang lurus. Najis jenis ini menunjukkan kekurangan serat dalam diet.

Type 6. Najis jenis in keluar dengan ketulan-ketulan potongan yang kasar tetapi lembab. Najis jenis ini dikategorikan sebagai cirit-birit ringan.

Type 7. Najis jenis ini keluar 100% air. Tiada ketulan keras. Najis jenis ini dikategorikan sebagai cirit-birit serius. Segera pergi jumpa doktor.

Najis bayi mommies dalam kategori mana?

 

5 Cara Legakan Sembelit Bayi

Bila dah tahu tahap berapa najis bayi mommies mommies boleh terus ambil tindakan ini. Tak susah tau, boleh buat di rumah terus

1. Gosok perut anak

Mommy tau kan tangan mommy tu sakti sangat. Baru sentuh anak sikit macam ada electric charge. Boleh buat anak diam bila menangis, boleh buat anak tenang bila dalam ketakutan. Jadi mommies gosok kan kedua belah tangan sehingga suam kemudian tekan lembut di perut anak. Kalau Kak Erin tambahakan dengan setitik minyak aromatherapy yang khusus untuk perut. Manfaat aromatherapy tu akan bekerja keras untuk terus melegakan ketidakselesaan si comel mommies.

2. Makan buah-buahan

Betik, pisang, epal, pear dan prun baik untuk melancarkan pergerakan usus. Potong kecik-kecik sebesar kuku mommies supaya anak belajar mengunyah dan menelan. Kaedah ini sesuai untuk bayi berusia 8 bulan ke atas bila bayi dah mampu duduk sendiri. Jika tidak mommies boleh lenyekkan betik dan pisang atau blend epal, pear dan prun tu menjadi puree.

3. Kerap hidrat

Pastikan anak mommies minum air secukupnya sepanjang hari. Anak-anak yang membesar sungguh aktif. Mereka punyai sifat tidak mudah putus asa. Bila mereka hendak sesuatu mereka akan buat sampai dapat walaupun perlu merangkak seluruh rumah dan memanjat di tempat tinggi. Mereka akan fikirkan caranya. Aktiviti sebegini nampak mudah pada kita tapi besar pada mereka. Oleh itu beri anak minum air secukupnya supaya dia kekal hidrat.

4. Mandian air suam.

Ada orang kata bayi mandi air suam nanti tulang tak kuat. Tapi sekali sekala boleh buat anak berendam dalam air suam kerana boleh rehatkan otot duburnya dan memudahkan proses pengeluaran najis.

5. Posisi yang betul

Gunakan bangku kecil untuk letak kaki anak semasa duduk di atas mangkuk tandas. Posisi ini akan bantu pergerakan otot dubur mengeluarkan najis dengan lancar.

Mommies mesti perasan anak yang silang kaki, buat muka, buat renggangan tiba-tiba, terkemut-kemut atau gulingkan badan di atas lantai. Nampak macam dia sedang meneran kan tapi dia sebenarnya sedang berusaha untuk tahan daripada najis keluar.

 

Punca Anak Tidak Mahu Buang Air Besar. 

1. Tidak selesa dengan tandas yang ada

Kadang-kala tandas di tempat awam seperti di sekolah dan pasar raya sungguh kotor dan berbau. Jadi mereka lebih sanggup tahan buang air besar berbanding pergi ke tandas awam.

2. Kene marah

Anak rasa takut kene marah bila dia berada dalam tandas lama-lama. Jadi anak lebih sanggup menahan diri dari buang air besar berbanding dimarahi mommy dan daddy. Mereka kan sayang mommy sangat-sangat sebab tu tak mahu tengok mommies marah. Walaupun itu memudaratkan kesihatan diri.

3. Sakit semasa membuang

Apabila najis dibiarkan lama di dalam rektum ia akan mengering dan menyekat najis yang lain. Jadi najis yang keluar akan jadi terlalu besar dan kering sehingga menyakitkan rektumnya. Kesakitan ini membuatkan mereka serik untuk buang air besar lagi. Najis yang besar ini juga mampu membuat tandas mommies tersumbat.

Jadi mommies jangan ambil ringan perihal buang air besar terutama pada bayi dan kanak-kanak.

Klik Sini & Dapatkan 15% kupon diskaun sempena pelancaran Narinar Roll On Series