Beri bayi makan ubat tak sama macam kita orang dewasa punya ubat. Semua tahu tu kan. Ada ubat yang kuantitinya dikurangkan ke tahap selamat untuk bayi. Ada juga ubat diberi dalam bentuk cecair untuk bayi. Ada juga ubat orang dewasa yang langsung tak sesuai untuk bayi.

Ubat untuk kategori bayi dan kanak-kanak juga berbeza. Ada ubat yang tak sesuai untuk bayi 6 bulan ke bawah. Ada ubat yang khusus untuk 6 bulan dan ke atas. Ada juga ubat yang boleh di ambil untuk kanak-kanak 7 tahun dan ke atas.

Kepelbagaian syarat dan terma ini boleh buat mommies keliru. Apa lagi bila mommies yang tiada latar belakang perubatan. Kita ikut apa yang anak orang lain makan, kita pun beri pada anak kita. Atau lebih malang kita beri anak kita makan ubat apa yang kita orang dewasa makan.

Kesan ubat pada orang dewasa, kanak-kanak dan bayi berbeza walaupun kita makan ubat yang sama. Organ badan bayi yang belum matang membuatkan ubat tidak dapat di hadam seperti orang dewasa. Akhirnya ubat akan terkumpul dalam buah pinggang si comel yang akan menyebabkan kegagalan buah pinggang di awal usia.

Perhatikan senarai ubat di bawah. Jangan beri bayi makan ubat berikut tanpa nasihat doktor bayi mommies ye.

1. Ubat batuk dan ubat demam

Bagi bayi, hanya gunakan ubat selsema dan batuk atas arahan doktor. Kerana sudah tentu doktor telah membuat pertimbangan yang kebaikan adalah lebih tinggi daripada risiko. Jangan beri ubat batuk dan ubat demam yang mommies boleh beli di kedai runcit. Kajian menunjukkan ubat batuk dan selsema untuk bayi yang ada di pasaran tidak membantu melegakan batuk dan selsema mereka. Malah ubat ini boleh memudaratkan jika di ambil dalam dos yang berlebihan.

Tambahan pula kesan sampingan dari pengambilan ubat tersebut seperti mual, mengantuk, sakit perut dan ruam akan membuatkan anak meragam. Kanak-kanak yang diberikan ubat ini secara berlebihan boleh menderita kesan sampingan yang lebih serius seperti kadar jantung yang laju, sawan dan lebih parah mengakibatkan kematian.

Sejak 2008 di Amerika, pengeluar ubat batuk dan demam untuk kanak-kanak kurang dari 3 tahun telah menghentikan kempen pemasaran. Pakar perubatan percaya ini yang menyebabkan penurunan secara drastik kes kecemasan berkaitan kesan sampingan pada bayi dan kanak-kanak.

Jika bayi mommies demam, mommies boleh cuba aromatherapy atau rawatan tradisional lain seperti mandikan bayi dengan air lemon. Mommies juga boleh tanya pada doktor bayi untuk cadangan agar bayi mommies rasa lebih baik. Awas jika suhu bayi terlalu tinggi. Segera bawa jumpa doktor.

2. Ubat orang dewasa

Mungkin mommies panik sangat sehingga beri ubat mommies dan daddies sahaja. Walaupun mommies beri separuh daripada sebiji tablet ia beri kesan besar pada bayi mommies. Jangan ye mommies. Lebih baik lakukan teknik alternatif seperti aromatherapy.

3. Aspirin

Di Malaysia aspirin tidak biasa kita beli di farmasi. Tapi AWAS. Apirin atau nama lain nya ‘acetylsalicylic acid’ juga ditulis dengan ‘salicylate’ terkandung dalan ubatan yang mungkin biasa kita beri anak-anak makan. Sila cek betul-betul ubat yang kita beli atau tanya kepada doktor dan ahli farmasi jika tidak pasti.

Bahayanya aspirin boleh menyebabkan Reye’s syndrome; sejenis keadaan yang boleh menyebabkan pembengkakkan hati dan otak. Sindrome ini akan kelihatan selepas virus seperti demam, selsema atau chicken pox. Ia boleh menyebabkan kecederaan kekal otak atau maut. Sebab itulah aspirin tidak sesuai untuk remaja 16 tahun ke bawah pun. Apatah lagi bayi mommies yang comel tu kan.

Jika bayi mommies demam, mommies boleh gunakan aromatherapy. Jika mahu juga ambil ubat di farmasi, mommies boleh dapatkan acetaminophen. Untuk bayi 6 bulan dan ke atas mommies boleh dapatkan ibuprofen ikut sukatan yang doktor sarankan.

4. Ubat mual dan muntah-muntah

Bayi muntah itu normal. Bayi akan muntah untuk keluarkan kahak, tanda dia dah kenyang, tanda tak selesa perut. Jadi muntah bayi itu satu bentuk komunikasi bayi dengan mommies untuk bagi tahu keadaan dia.

Sangat bahaya jika mommies beri bayi ubat tahan muntah kerana mommies telah menutup masalah sebenar bayi mommies. Saranan Kak Erin jika bayi mommies muntah-muntah mommies boleh sapukan minyak aromatherapy yang khusus untuk melegakan ketidak selesaan perut. Mommies juga boleh terapikan anak dengan minyak pati khusus untuk menenangkan emosi bayi mommies yang buat dia resah gelisah dan jadi lebih tenang.

5. Ubat kanak-kanak lain

Kejadian ini biasa berlaku kalau kita tengah berkumpul dengan sanak saudara atau kawan-kawan di hari raya. Masa tu anak kita tiba-tiba sakit. Orang lain prihatin dan beri ubat anaknya untuk anak kita.

Berhenti mommies. Jangan ambil ubat itu. Ubat itu mungkin tidak sesuai dengan keadaaan bayi mommies atau tidak sesuai dengan usia bayi mommies. Mungkin juga bayi mommies alergik dengan ubat itu? Siapa tahu. Lebih baik terus bawa anak ke klinik atau siap sedia dengan ubat di dalam bag sentiasa. Nak lagi cepat sentiasa ada minyak aromatherapy yang sesuai untuk bayi dalam beg mommies.

6. Ubat yang sudah luput

Semua makanan yang sudah melebihi tarikh luput tidak patut di makan. Apa lagi ubat yang melebihi tarikh luput. Lagi buruk kesannya. Buang sahaja ubat yang sudah sampai tarikh luput. Begitu juga jika ubat sudah bertukar warna dan bentuk misalnya pil yang telah hancur.

Ubat yang sudah luput bukan saja tidak berkesan lagi malah lebih merbahaya jika dimakan.

7. Ubat dalam bentuk pil

Sama ada ubat dalam bentuk pil atau jenis yang kunyah (chewable) bahaya untuk bayi dan kanak-kanak kerana mereka mudah tercekik.

Andai kata ubat masih perlu diberi dalam bentuk pil, minta nasihat doktor cara pemberian ubat yang betul. Perlukah dihancurkan terlebih dahulu atau dilarutkan dengan sedikit air? Jangan lupa, ubat tersebut mestilah dihabiskan mengikut sukatan dos yang dicadangkan untuk dapat kesan dari ubat yang di ambil.

8. Ubat titis mata

Udara boleh jadi mata bayi kecil mommis kering atau dimasuki habuk. Awas. Jangan beri ubat titis mata seperti yang ada di pasaran. Ubat titis mata itu untuk orang dewasa. Mata si comel belum berkembang sepenuhnya untuk menerima benda asing. Jika mata si comel nampak keluar lelehan atau gatal terus berjumpa doktor untuk dapat nasihat atau ubat yang sesuai dengan usianya.

Semoga tip -tip ini dapat beri peringatan pada mommies dan daddies supaya berhati-hati semasa beri ubat pada si kecil. Ubat boleh memudaratkan apabila tidak digunakan dengan cara yang betul.

Kak Erin,

Terapikanjer