Now everyone can fly. Itu kata AirAsia. Jadi mommies yang ada bayi ni tak layak untuk terbang ke? Hanya mampu lihat kapal terbang take off and landing (hantar orang di airport) sahaja?

Mestilah tidak. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Bila AirAsia kata macam tu ertinya memang semua orang boleh terbang. Sekarang bukan bab duit lagi yang mommies fikirkan tapi macam mana bayi dan anak-anak mommies yang kecil yang tak faham apa yang berlaku dan tak boleh bercakap tu nak mengharungi penerbangan kan?

Penerbangan jarak jauh mahupun jarak dekat punya cabaran yang sama dan perlu persediaan yang sama. Bagi penerbangan jarak jauh, mommies hanya perlu bersedia dua atau 3 kali ganda lebih dari penerbangan pendek sahaja. Mudahkan?

Apa yang mommies perlukan?

 

1. Lampin pakai buang

 

Siapkan lampin pakai buang 2 kali lebih banyak dari yang bayi pakai biasa. Siapkan lampin pakai buang kit yang mengandungi baby wipes supaya mudah bawa 1 pek ke tandas bila perlu turkar lampin. Tak perlu bawa 1 beg untuk ke tandas yang sempit tu. Ye, tukar lampin di tandas bukan di meja kerusi mommies. Bawak sekali plastik untuk buang lampin yang telah digunakan dengan kemas dan bersih. Siapkan sekali lampin untuk waktu menunggu dan semasa transit.

 

2. Bantal menyusu

Bawa bantal menyusu untuk beri keselesaan pada mommy dan baby yang sedang menyusu. Bantal menyusu juga memudahkan bayi untuk tidur lebih nyenyak di dalam penerbangan. Pelbagai bantal menyusu ditawarkan dalam pasaran. Pilih bantal menyusu yang flexible dan sesuai dengan saiz bayi.

 

3. Susu/Makanan/Sudu

Paling mudah ialah dengan menyusukan bayi dengan susu ibu. Tiada barangan yang perlu dibawa melainkan mommy dan bayi. Tetapi, bagi bayi yang minum susu formula, bawa susu dan pekkan dalam bekas yang mudah untuk mommy tuang apabila diperlukan. Kak Erin tak galakkan buat susu dengan air dari flight. Isikan terus air dalam botol dan hanya perlu rendam dengan air panas sahaja bila nak buat susu. Itu lebih selamat untuk elakkan perut bayi dari meragam.

Untuk bayi 6 bulan dan ke atas siapkan makanan yang disediakan di rumah . Sudu jangan lupa bawa. Ambil gambar bayi sedang makan pada ketinggian 35 000 kaki dari aras laut.

 

4. Selimut

Dalam penerbangan boleh jadi lebih sejuk dari biasa terutama di waktu malam. Bawa selimut supaya bayi mommy kekal hangat. Tak dapat dia nak tidur mengerekot macam mommies. Walaupun selimut disediakan, bayi mommy lebih mudah tidur dalam selimut yang biasa dia tidur dan lebih bersih untuk bayi mommies. Dengan adanya selimut sendiri bayi mommies akan lebih mudah tidur kerana bau selimut yang biasa dengannya seperti di rumah.

 

5. Mainan

Penerbangan yang panjang akan buat bayi mudah bosan kerana pergerakan yang terbatas. Mommies boleh bawa mainan yang bayi mommy suka tapi dah lama tak main (sorokkan mainan yang bayi suka seminggu sebelum penerbangan).

 

6. Baju lebih

Bayi memang tak boleh dijangkakan. Mereka mungkin akan muntah, atau lampir bocor. Jadi mommy bawak baju lebih supaya bayi bau wangi dan selesa. Boleh juga lap badan bayi dan tukarkan baju bayi supaya bayi lebih bersedia untuk tidur. Opss jangan lupa baju lebih untuk mommies juga. Bergambar dengan baju kotor memang boleh buat hilang mood. Mommies pun nak bersih dan wangi-wangi kan.

 

7. Sanitary wipes

Ramai orang naik kapal terbang dan mereka ada bermacam-macam perangai. Oleh kerana mommies bawak baby yang dah mula pegang-pegang apa kata mommies mula dengan lap meja dan pemegang tangan dengan sanitary wipes supaya bersih dan lebih selamat untuk bayi. Lap je walaupun ‘nampak’ bersih. Mata kita tak sehebat mikroskop walupun kita pakai kanta lengkap.

 

8. Ubat-ubatan

Persekitaran yang baru boleh buat bayi tiba-tiba sakit. Pastikan bawa termometer badan, pati minyak untuk melegakan kembung perut, flu dan yang boleh menenagkan anak. Pastikan ubat yang di bawa sesuai dengan anak. Gunakan sebulan sebulum penerbangan terutamanya minyak pati.

 

9. Baby wipes.

Bawa baby wipes untuk lap tangan anak. Lap muka anak yang comot selepas makan. Lap punggung anak sebelum tukarkan lampin yang baru. Lap tangan kita. Lap makanan yang tertumpah. Lap lap lap supaya kita dan bayi sentiasa bersih.

 

10. Bib bayi

Bawa bib plastik/silicone. Bagi bayi yang mula belajar makan makanan solid, pakaikan bib semasa makan dalam penerbangan. Baju tak kotor dan mudah pula mencuci bib.

 

11. Sabun bayi

Bayi busuk boleh menggangu orang sebelah. Kita sendiri tahan ke dengan bau busuk berjam-jam? Bayi pun tak selesa. Sabun bayi jangan lupa. Bawa yang kecil je cukup, saiz travel 10ml.

 

12. Nursing cover

Nursing cover yang nipis dan cantik tu mommies boleh bawa untuk menyusukan anak dalam penerbangan dan semasa menunggu.. Aurat terpelihara kita dan bayi pun selesa.

Okay mommies itu sahaja checklist yang mommies perlu bawa untuk bawa bayi dalam penerbangan yang panjang. Enjoy your trip dan percaya lah you and your baby can REALLY fly.

Kak Erin