Jika mommies mahu memperbaiki kesihatan dari tidur yang tidak teratur, kegelisahan, ketidak selesaan perut, selsema dan demam mommies mungkin mahu mencuba aromatherapy.

Aromatherapy ialah minyak pati yang menggunakan berdozen-dozen tumbuhan perubatan, bunga, herba, akar dan pokok dari serata dunia. Tumbuhan dan bunga-bungaan ini telah terbukti berkesan untuk memperbaiki kesihatan fizikal, emosi dan spiritual.

Lebih dari 5 000 tahun lalu aromatherapy telah digunakan dalam kebanyan budaya di serata dunia. Pengamal perubatan semulajadi beralih kepada aromatherapy untuk mendapatkan kesan anti-bakteria, anti-keradangan dan tahan sakit.

Hari ini sudah ada lebih dari 40 therapeutic-grade minyak aromatherapy yang boleh didapati di kedai makanan kesihatan dan online (walaupun ada lebih banyak lagi jenis minyak yang wujud). Minyak aroma yang popular mommies sendiri tahu seperti minyak tea tree, lavender dan peppermint digunakan dalam segalanya dari ubat gigi hinggalah pencuci pakaian.

Dengan menghidu aroma minyak ini dipercayai menggalakkan fungsi otak. Minyak pati boleh juga menyerap melalui kulit. Ia akan meresap dan bergerak melalui aliran darah yang boleh menyembuhkan satu badan.

Aromatherapy ialah sejenis perubatan alternative. Hari ini aromatherapy mula mendapat tempat di hati penduduk Malaysia. Ia digunakan untuk pelbagai aplikasi termasuklah melegakan kesakitan, memperbaiki mood dan meningkatkan fungsi kognatif.

Ada banyak jenis minyak pati di pasaran, setiap satunya mempunyai kesan penyembuhan yang tersendiri.

Fakta bagaimana pati minyak bertindak:

  • Tumbuhan mengandungi kimia yang bermanfaat untuk melindungi diri mereka termasuklah menjauhkan diri dari serangga atau tikus dan untuk melindungi diri mereka dari bakteria dan virus-virus.
  • Kandungan aktif dalam minyak diambil terus dari tumbuhan perubatan atau herba melalui proses yang digelar penyulingan kemudian dicampur dengan alkohol untuk memelihara kekuatannya. Maka terhasillah formula minyak yang sangat pekat yang boleh dicampur dengan bahan-bahan lain.
  • Oleh kerana mereka sangat kuat, dalam penggunaan aromatherapy pati minyak biasanya dicampur dengan minyak pembawa seperti almond, jojoba, zaitun atau kelapa sebelum digunakan di atas kulit.

Aromatherapy boleh digunakan dalam beberapa cara:

  • Sebarkan kominasi pati minyak ke udara menggunakan (difusser). Boleh juga guna 1 jenis minyak.
  • Hidu dalam-dalam minyak melalui hidung terus dari kain atau botol.
  • Menerima urutan terapi menggunakan minyak pati
  • Rendamkan diri dalam air yang bercampur dengan minyak pati.
  • Sapu minyak terus ke kulit

Kajian menunjukkan apabila digunakan di rumah, kebanyakan orang menggunakan lilin minyak aromatherapy, sapu produk semulajadi yang mengandungi minyak untuk kulit atau tambah minyak terus ke dalam air mandian. Apa jenis tumbuhan yang popular menghasilkan pati minuak menggunakan aromatherapy?

Ini termasuk:

  • Herba seperti rosemary, thyme, oregano atau pappermint
  • Daun dari tumbuhan kayu putih, bidara
  • Rumput seperti serai wangi, aloe vera
  • Fennel seeds
  • Zest dari buah seperti limau, limau gedang atau lemon
  • Bunga termasuklah chamomile atau lavender
  • Kayu atau kulit kayu dari pokok seperti pine atau sandalwood
  • Akar seperti halia
  • Resin dari pokok gam arab
  • Buah dari epal hijau

Apa kegunaan aromatherapy?

Aromatherapy telah di kaji boleh memperbaiki masalah jangka pendek dan masalah kesihatan jangka panjang dan masalah yang lebih serius. Kajian menunjukkan sesiapa yang mempunyai penyakit dibawah boleh mengambil manfaat dari aromatherapy:

  • Stress yang kronik atau kebimbangan
  • Tekanan
  • Insomnia dan masalah tidur
  • Saki otot
  • Sakit sendi
  • Jangkitan saluran pernafasan
  • Ketidakcernaan sistem pencernaan
  • PMS atau simtom menopause
  • Masalah kulit termasuklah gigitan, ruam, lebam, selulit atau jerawat
  • Perubahan gula dalam darah
  • Kanser
  • Keletihan

Kajian berkelompok di buat ke atas manusia dan haiwan menunjukkan minyak aromatherapy mempunyai kesan sedatif dan perangsang juga kesan positif ke atas imun sistem dan sistem saraf utama. Baru-baru ini, kajian dibuat menggunakan imbasan gambar functional menunjukkan bau minyak aromatherapy mempunyai kesan positive ke atas kawasan primitif dalam otak dipanggil sistem limbik yang membantu mengawal tindak balas emosi dan kelakuan.

Kunci kejayaan dari penggunaan aromatherapy ialah menggunakan minyak terapeutik tulen berbanding kandungan dan wangian sintatik. Keberkesanan penggunaan aromatherapy sering terpulang pada dos dan kualiti minyak yang digunakan.

Kak Erin,

Mak minyak