Suka sangat Kak Erin dengan pati minyak. Terlalu banyak manfaat jika kita gunakan aromatherapy sebagai rutin harian sekeluarga. Antara kesan yang terbukti menggunakan aromatherapy ialah

1. Merangsang ketenangan

Banyak kajian menunjukkan sesetengah minyak pati yang digunakan dalam aromatherapy termasuklah lavender dan chamomile boleh membantu orang yang sedang stress atau cemas untuk jadi tenang. Bau lavender dipercayai mempunyai kesan ketenangan semuala jadi yang merendahkan keaktifan sistem saraf simpatetik, dan simptom fizikal seperti tangan berpeluh atau jantung berdegup kencang.

Hasil dari satu kajian yang diterbitkan di Journal of Advanced Nursing dapati pesakit yang menerima aromatherapy dilaporkan peningkatan yang ketara dalam mood mereka dan kurang rasa cemas. Malah didapati lebih positif serta merta selepas terapi.

Jika mommies baru dengan aromatherapy, cara paling mudah untuk mula ialah tambahkan beberapa titik pati minyak untuk ketenangan dalam air mandian. Contohnya lima hingga tujuh titik lavender ditambah dalam air rendaman kadang kala dengan (Epsom Salt) ialah cara biasa membantu mengurusakan stress harian.

2. Bantu meningkatkan kualiti tidur

Oleh kerana minyak aromatherapy membantu orang berehat dan rasa kurang stress, jadi ia sangat berguna buat mommies rasa mengantuk semasa waktu tidur. Bagi mommies yang menghidap insomnia, cemas, panas dan restless leg syndrome di waktu malam boleh mengambil manfaat dari minyak pati yang memudahkan tidur termasuklah minyak lavender, chamomile, rose, vetiver dan ylang ylang.

Sejam sebelum waktu tidur, cuba diffuse pati minyak dalam bilik menggunakan lilin aromatherapy, diffuser elektrik atau pembakar minyak (oil burner). Difussing minyak aromatherapy berkesan dengan menyebarkan zarah yang sangat kecil ke udara yang boleh dihidu terus melalui hidung. Ia akan travel ke otak dan mampu menembusi bahagian yang tidak dilalui darah. Tambah 5 hingga 10 titik ke dalam diffuser di rumah dan pejabat untuk bantuk persekitaran yang tenang di samping buat bilik berbau harum.

3. Memulihkan isu pernafasan

Sesetengah minyak aromatherapy mempunyai ciri-ciri antiseptik yang membantu membersihkan udara dari bakteria, fungus dan kulat yang boleh mennyumbang kepada masalah pernafasan seperti tersumbat, batuk dan bersin.

Kajian menunjukkan dengan menggunakan minyak aromatherapy bercitrus boleh memperbaiki keseluruhan fungsi imun dan mengurangkan keletihan yang berkaitan dengan tekanan. Hasil kajian menunjukkan minyak aroma seperti oren dan lemon boleh mengurangkan stress dan mampu mengembalikan kesimbangan. Pati minyak untuk depresi dan minyak citrus juga baik untuk memperbaiki kesihatan mental dengan merangsang sistem sensori yang dibpanggil sistem olfactory yang mengawal deria bau seseorang.

Apabila minyak citrus diberi pada 12 pesakit depresi, mereka menunjukkan tahap horman neuroendocrine menjadi normal dan memperbaiki fungsi immune bila dibandingkan dengan kesan antidepresi.

Selain diffusing minyak di rumah, mommies juga bole terus bau dari botol atau sapu sedikit terus ke dada atau leher. Ada beberapa pati minyak bagus untuk alergik dan pati minyak untuk sakit tekak dan ada untuk masalah pernafasan. Pati minyak yang boleh bantu mengatasi infeksi sinus, alergik, demam, selsema atau batuk dan kelesuan termasuklah eucalyptus, peppermint, frankincense, rosemary, myrrh, lemon, oregano dan tea tree.

4. Memperbaiki kesihatan kulit

Larutan pati minyak boleh di spray ke atas kulit atau kulit kepala untuk mengurangkan jerawat, kelimumur, cellulite, kulat kuku, kegatalan, kesan gigitan, ruam atau memperbaiki kesembuhan luar, minyak tea tree (Melaleuca alternifolia) salah satu minyak yang terkenal untuk merawat masalah kulit sejak ia mempunyai anti bakteria, anti septik, anti kulat dan kualiti membersih yang lain.

Minyak terapi lain yang baik untuk kulit (termasuklah untuk merawat acne) termasuklah lavender, clary sage, juniper berry, lemon, orange, helichrysum dan frankincense. Minyak aromatherapy boleh dispray pada kulit yang bermasalah. Caranya mudah sahaja, tambah 10-20 titis minyak ke dalam spray botol yang mengandungi 100ml air.

Guna beberapa spray dalam satu masa ke atas kulit dan terus simpan apa yang tidak digunakan untuk digunakan kemudian. Mommies juga boleh menggunakan minyak yang sama pada terus pada kulit kepala atau spray di seluruh rumah untuk manfaat lain.

5. Mengurangkan sakit dan keradangan

Minyak pati dapat membantu melegakan otot yang sakit, sendi, kecederaan tisu atau sakit kepala. Kombinasi beberapa minyak aromatherapy boleh dihidu atau digunakan pada kawasan yang bermasalah. Pati minyak yang popular untuk sakit arthritis ialah halia, myrrh, kunyit dan oren. Mommies boleh juga guna minyak aromtherapy lain untuk merawat sakit kepala seperti peppermint, spearmint, rosemary dan frankincense.

6. Bantu mengurangkan kelesuan dan meningkat kepekaan

Sebuah kajian dari journal International of Neuroscience melibatkan 40 pesakit yang pernah mengalami mood depresi dan kelesuan dapati bahawa aromatherapy beri kesan positif kepada kepekaan melalui ujian termasuk ujian matematik dan memperbaiki mood keseluruhan. 40 orang dewasa diberi 3 minit aromatherapy sama ada menggunakan satu atau kedua-dua aroma iaitu lavender atau rosemary. Peserta melengkapkan masalah matematik dan kaji selidik berkaitan mood mereka sebelum dan selepas terapi.

Pada sesiapa yang terdedah pada aromatherapy lavender menunjukkan peningkatan dalam kuasa beta, ada peserta yang rasa mengantuk tetapi mereka juga dilaporkan penurunan dalam mood depresi dan rasa lebih relex. Walaupun mereka melaporkan rasa lebih mengantuk, kumpulan peserta lavender sebenarnya menyelesaikan masalah matematik dengan lebih cepat dan lebih tepat. Kumpulan rosemary menunjukkan penurunan frontal alpha dan kuasa beta, yang peningkatan kepekaan. Mereka juga mempunyai skor kelesuan yang rendah, rasa yang lebih tenang dan peka. Mereka dilaporkan lebih cepat menyiapkan masalah matematik.

7. Memperbaiki pencernaan dan menurunkan mual.

Minyak aromatherapy seperti halia, kunyit, limau gadang, peppermint, lemon, chamomile dan eucalyptus boleh membendung asid reflux, ulser, mual, ketidak cernaan, morning sickness atau sakit perut di sebabkan PMS.

Sebuah kajian pada 2015 diterbitkan dalam Journal Asas Physiology and Pharmacology dapati pati minyak kunyit (Curcuma longa) dan halia (Zingiber officianale) yang di luas digunakan dalam negara-negara di Asia sebagai rawatan tradisional dan ramuan masakan, mempunyai aktiviti gastroprotective yang kuat termasuklah anti-ulser.

Kedua-dua bahan ini mengandungi enzime antioxida yang tinggi seperti glutathione peroxidase, superoxide dismutase, catalase dan glutathione yang menunjukkan penurunan necrosis, erosion and hemorrhage dinding perut, mengurangkan sakit perut dengan siknifikan.

Selamat menggunakan aromatherapy.

 

Kak Erin,

Mak Minyak