Sebuah kajian di Amerika telah dibuat. Bayi telah terdedah kepada bahan kimia sejak dari kandungan lagi. Segala bahan yang mommies makan, bau yang mommy hidu dan bahan kimia dalam alat solek, sabun mandian, syampu dan pakaian mommies terpalit kesannya pada bayi dalam kandungan. Takut kan?

Ada seorang mommy di Malaysia. Beliau bekerja sebagai pengurus projek untuk sebuah projek pembinaan. Semasa mengandungkan anak kedua, beliau terdedah kepada bahan pembinaan termasuklah cat. Beliau tak mengecat tapi beliau bau sahaja pun dah dapat kesan buruk pada bayi dalam kandungan.

Apabila bayinya lahir, kulit bayinya merah seperti udang. Kulit bayinya jadi terlau sensetif sehingga tahap eczema. Dari situlah beliau mula berjinak-jinak dengan produk organik dan natural.

Kalau mommies dah bersedia nak ubah cara hidup dengan menggunakan bahan semulajadi, mulakan dengan penggunaan produk yang kita guna paling banyak. Tukar secara berperingkat. Contohnya syampu. Kemudian sabun badan. Barang semuala jadi memang mahal sikit tapi untuk jangka masa panjang ia sungguh menjimatkan terutamanya bila ia menjimatkan kos perubatan mommies sekeluarga.

Mommies mungkin juga rasa tak biasa dengan sabun dan syampu kurang buih. Tapi lama-lama mommies akan rasa seronok dan rasa selamat. Mommmies akan rasa puas hati sangat sebab dah beri yang terbaik untuk keluarga kesayangan mommies.

 

Jom belajar cara baca label produk

1) Kedudukan nama bahan

Bahan yang paling atas bererti paling atas dalam senarai kandungan bererti kandungan itu paling banyak dalam produk tersebut.

2) Kenal pasti produk natural

Jika produk itu natural, nama bahan-bahan yang semulajadi biasanya akan diletak dalam kurungan selepas nama saintifiknya. Contoh Cocos Nucifera (Minyak kelapa).

3) Bebas Pengawet

Jika pemasaran produk mengatakan produk itu bebas bahan pengawet tidak semestinya produk itu selamat digunakan. Baca lagi kandungan bahan di belakang produk. Adakah produk itu mengandungi Aqua (Water) air?

Jika produk itu mengandungi air produk itu tidak selamat digunakan. Oleh kerana produk yang menggunakan air buat bakteria lagi giat membiak. Untuk pastikan produk itu selamat digunakan bahan pengawet perlu digunakan.

Bahan pengawet ini apa sebenarnya? Bahan pengawet ini ialah satu bahan yang dicampur dalam produk mommies untuk membunuh bakteria, germs, yang ada dalam produk mommies. Jadi kita akan dapat guna produk itu sehingga akhir tempoh produk tersebut seperti yang dicadangkan oleh pengeluar produk.

Produk DIY yang mommies buat tu bagus cuma tak stabil. Paling lama dia tahan 2 hari. Itu pun di dalam peti sejuk. Kalau dibiarkan di luar dia akan mula berbau dan mula mengeluarkan bakteria. Dah tak selamat untuk guna.

Tapi kalau produk tu tak guna air langsung contohnya tanah liat, atau pati minyak yang tak perlukan air, jadi produk itu tak perlukan bahan pengawet.

Bahan pengawet ini penting supaya kita dapat guna hingga tempoh akhir produk kita tu. Kita kan asik celup tangan dalam bekas produk tu. Banyaklah bakteria dalam tu nanti.

4) Sodium Laureth Sulfate (SLS)

Jangan guna sabun yang ada SLS. Bahan ini yang buatkan pemcuci muka mommies dan sabun mandian bayi berbuih-buih. SLS akan menarik segala kotoran dalam kulit kita. Bagus kan? Ia akan meninggalkan kulit mommies tegang seperti baru lepas dibotox. Rasa bersih dan segar. Tapi mommies SLS juga akan menarik segala minyak semulajadi yang sedia ada dalam kulit mommies dan bayi.

Jika produk yang mengandungi SLS digunakan dalam jangka masa yang panjang boleh memudaratkan kesihatan. Jika digunakan untuk jangka masa panjang ada kesan sampingan. Makin lama kulit kita akan jadi sensetif dan makin sensetif dengan produk lain. Jika bayi mommies sering menggunakan produk yang mengandungi SLS, kulitnya akan hilang kelembutan semulajadi. Bila dia membesar kulitnya akn jadi semakin sensetif dan bermasalah.

Jika anak mommies menghidap eczema produk yang mengandungi SLS memang akan buat kulit anak mommies jadi lagi teruk. Kulit jadi semakin kering dan gatal.

5) Pewangi tiruan

Fragrance/ parfum/ perfume tak boleh ada dalam air freshner, sabun, syampu. Badan internasional beri kebenaran pada pengeluar produk untuk menyembunyikan resepi rahsia mereka. Biasanya mereka akan sembunyikan bahan-bahan yang merbahaya juga dibawah label fragrance. Kajian menunjukkan dalam fragrance tu terdapat lebih 200 bahan kimia yang disembunyikan.

Semua ini bertujuan untuk melariskan produk. Kita kan suka sabun yang wangi-wangi. Kalau boleh kita cuba elakkan daripada menggunakan produk yang mengandungi pewangi tiruan.

Produk boleh wangi jika menggunakan minyak pati. Tetapi bau pati minyak ni tidak akan jadi tajam atau kuat baunya. Baunya lebih lembut tidak sekuat bauan sintatik.

Kalau mommies nak guna juga pewangi untuk buat mommies rasa lebih berkeyakinan tinggi, mommies boleh bertukar kepada aromatherapy untuk bauan harum semulajadi.

6) Polyethylene Glycol

PG atau PEG. Biasanya ditulis begini PEG-80. Lagi tinggi nombornya lagi merbahaya. Bahan kimia ini digunakan sebagai bahan penggalak supaya mudah meresap dalam kulit. Bahan ini juga berpotensi menyebabkan kanser. Tugasnya dalam produk ialah membuka liang roma untuk beri laluan pada bahan lain masuk ke dalam kulit. Biasanya bahan ini mudah didapati dalam baby wipes.

7) BPA Free

Bahan plastik yang mommies guna seperti botol susu, sudu makan bayi, punting bayi, bahan mainan bayi yang plastik mestilah bebas BPA. BPA ialah bisphenol A. Bahan kimia ini digunakan untuk buat sesetengah plastik sejak tahun 1960an. BPA biasanya didapati dalam plastik pembuatan botol air, bekas makanan dan juga alat permainan kanak-kanak. Mengapa produk bebas BPA ini penting untuk mommies dan anak-anak?

Sebab bahan plastik yang mengandungi BPA akan bertindak balas bila berinteraksi dalam keadaan panas seperti cuaca panas dan direndam dalam air panas. Jadi bila mommies stimkan botol susu anak untuk membunuh bakteria, mommies sebenarnya telah mengaktifkan BPA yang boleh memudaratkan mommies si comel mommies itu. Jadi, pastikan bekas plastik untuk anak mommies bebas BPA ye.

 

Cara pilih sayur dan buah-buahan yang betul

Kalau pergi shopping macam mana mommies pilih sayur dan buah-buahan yang nampak menyelerakan di rak pasaraya? Jika memilih sayur, pilih daun sayur yang ada lubang bererti ulat dah makan. Jika ulat nak makan daun tu kita juga selamat untuk makan.

Bagi buah-buahan pula. Buah yang nampak cantik dan berkilat bererti ulat pun tak nak makan. Kalau ulat pun tak nak makan kita pula yang makan. Kan bahaya tu. Jadi pilih buah yang elok tapi tak sempurna.

Kenapa barang organik mahal? Sebab tanah pertanian yang digunakan telah disahkan bebas racun berbahaya. Bukan senang-senang nak dapat pensijilan organik tu tau. Elakkan beli buah dari China dan US sebab US terkenal dengan GMO. Tanahnya di spray dengan hormon untuk cepatkan pertumbuhan buah dan sayuran. Kalau ada wax tu rendam dalam air yang bercampur dengan cuka apple cider viniger selama 15 minit sebelum makan.

Nak lagi selamat pilih produk tempatan. Nak lagi seronok boleh mula bercucuk tanam dengan anak-anak.

Kak Erin,
Pemilik pokok betik belakang rumah.