Bayi demam sangat-sangat bahaya tau. Jangan dipandang remeh. Tapi bayi demam malam selalu buat kita risau. Sebab dia demam waktu malam je. Pagi tak panas badan. Masuk je magrib badan dah mula panas. Merengek je. Susah pula tidur. Bayi demam malam memang boleh buat mommies susah tidur. Susah hati pula tu.

Cuba periksa jika ada bayi mommies begini bila dia selalu demam malam.

Punca bayi demam malam

1. Bayi terlalu aktif

Kejadian ni biasa berlaku pada bayi yang sedang membesar. Dalam 3 bulan hingga 6 tahun. Demam malam ni berlaku kerana aktiviti yang terlalu aktif di waktu siang. Misalnya bayi mommies baru belajar merangkak. Dari mengensot dia cuba beberapa kali merangkak. Kalau dia nak cepat dia mengensot tapi dengan kadar yang lebih laju kerana tangannya semakin kuat.

Bayi mommies tak berhenti-henti cuba merangkak. Duduk rehat kejap kemudian cuba merangkak kembali. Mommies lihat dia buat sepah, tapi mommies tak sedar dia dah merangkak satu rumah mommies yang terlalu besar untuk si kecil.

Aktiviti bayi yang sihat ini penting untuk melatih deria motor bayi. Bayi mommies terlalu bersemangat sehingga lupa nak berehat. Akibatnya setelah seharian bermain, bayi akan penat dan suhu tubuhnya akan naik pada hujung hari iaitu di waktu malam.

Oleh sebab itu mommies tak perlu risau sebab perkara ini biasa dan demam akan hilang dengan sendiri bila dia cukup rehat. Biasanya suhu badannya juga tidak terlalu tinggi, cuma melepasi suhu badan normal.

2. Bayi tumbuh gigi

Keduanya demam di malam hari boleh berlaku kerana bayi tumbuh gigi. Bayi akan lebih sakit ketika akar gigi cuba menemusi gusi. Orang kita cakap demam gusi kan. Sepatutnya tumbuh gigi tidak menyebabkan demam yang teruk. Penting untuk mommies tahu cara membantu bayi melalui proses pertumbuhan gigi dengan lebih mudah.

3. Suntikan Imunisai

Seterusnya bayi mudah demam di malam hari selepas diberi suntikan imunisasi. Semua bayi atau kanak-kanak berhak untuk mendapat imunisasi yang lengkap di Malaysia. Imunisasi ini merupakan satu cara pencegahan yang dapat dilakukan.

Imunisai penting bagi mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya yang mengancam nyawa. Penyakit yang boleh mengancam nyawa kanak-kanak seperti campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus atau polio. Imunisasi bertujuan untuk mencegah 12 jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu, diberikan percuma kepada bayi dan kanak-kanak di klinik kerajaan.

Salah satu kesan imunisasi ialah demam kerana vaksin sedang bekerja untuk melindungi bayi. Demam kerana imunisasi jika dipantau suhunya tidak perlu risau kerana demam ini akan hilang dengan sendiri setelah 1-2 hari.

4. Demam Viral

Akhirnya demam disebabkan penyakit viral seperti demam denggi. Jika bayi mommies tiba-tiba demam beserta batuk, cirit-birit, muntah, lesu, hilang selera makan dan tidak aktif. Segeralah bawa jumpa doktor. Jangan bertangguh lagi.

Bila dah tahu bayi demam malam boleh kita kurangkan simptompnya. Kita juga tak perlu rasa gelisah dan risau bila bayi mula demam malam. Siap sedia dengan langkah penjagaan. Nak mudah sapu terus aromatherapy khusus untuk melegakan demam lepas mandi petang.