Cabaran mengingatkan Ramadhan bila kita dan anak-anak tinggal di Malaysia tidaklah sesukar cabaran bila kita tinggal di negara yang majoriti bukan beragama Islam. Anak-anak yang tinggal di Malaysia tahu kehadiran bulan Ramadhan.

Kita sibuk dengan tarawikh, puasa di kalangan kawan-kawan juga ramai. Tak cukup dengan itu, budaya membazar ramadhan di setiap petang juga cukup buat anak-anak rasa isitmewanya bulan Ramadhan ini.

Luaran dah hebat. Bagaimana kita mahu pupuk jiwa ramadhan dalan hati anak-anak? Bulan yang segala ibadat dilipatgandakan pahalanya merupakan cara terbaik melatih ibadat dalam keluarga.

Ini cara yang boleh mommies buat untuk bangkitkan ruh Ramadhan dalam kalangan anak kecil.

1. Buat pertandingan hafalan Quran

Bulan Ramadhan bulan penurunan Al Quran. Apa kata mommies mulakan pertandingan menghafal surah-surah lazim dalam Al Quran. Contohnya Surah Al-Fatihah, Surah Al Ikhlas, Surah An Nas dan Surah Al Alaq. Mommies dan daddies boleh mula menghafal surah yang lebih panjang seperti surah Al-Kafirun, Surah Al Kautsar, Surah Al Fill dan Al Humazah.

2. Persiapkan pakaian solat yang khusus

Jika anak perempuan boleh mommies siapkan telekung mengikut saiznya. Tak perlu telekung baru pun tak pe, telekung lama anak pun boleh diperbaharuai. Tambah sahaja dokoh, manik, renda mengikut kreativiti mommies dan si comel. Inilah kesempatan mommies luangkan masa berkualiti dengan anak.

Bagi anak lelaki pula, mommies boleh siapkan jubah putih khusus untuk solat. Ye memang jubah putih cepat kotor tapi ini latihan untuk anak lelaki jaga kebersihan diri. Dengan pakaian khusus untuk solat ini juga boleh buat anak lelaki mommies lebih bersedia untuk mendirikan solat.

3. Tidur awal

Oleh kerana Ramadhan kaya dengan kelebihan sahur sebelum subuhnya, waktu penting inilah yang jangan mommies lepaskan. Bagi memudahkan anak bangun sahur, ajak anak tidur lebih awal dari biasa. Calitkan minyak pati untuk memudahkan dia tidur dengan lena.

4. Sahur

Sehingga hari ini waktu sahur bersama keluarga semasa kecil paling banyak kenangan. Nak lagi menarik? Solat Subuh secara berjemaah. Lepas itu semak hafalan Quran masing-masing. Ceritakan sedikit intipati surah yang sedang dihafal tu. Barulah anak-anak faham apa yang sedang dihafal. Itulah namanya tadabbur Al Quran.

5. Menyantuni tetangga

Mommies dapat pelepasan awal dari pejabat Ramadhan ini? Dapatlah masak sendiri atau buat kuih di rumah. Minta anak-anak hantarkan pada jiran tetangga. Ini dapatkan mengeratkan silaturahim sesama tetangga. Minta anak-anak bayangkan diri seperti penghantaran pizza. Pasti mereka tak sabar-sabar berkongsi rezeki dengan jiran.

6. Nota Ramadhan

Titipkan nota Ramadhan setiap hari dalam poket baju anak, dalam bekas pensel, di katil. Nota Ramadhan ini boleh kita buat ingatan misalnya “Pahala 1000 kali ganda jika adik buat baik dibulan Ramadhan. Jom buat baik”.

Atau “Solat di awal waktu lagi banyak ganjarannya. Ini waktu solat hari ini Zohor: 1.15pm Asar: 4.20pm”. Di waktu berbuka nanti boleh kita berbual tentang kejayaan yang kita dapat berkaitan nota hari itu.

7. Upah puasa

Biasa kita beri anak-anak upah bila puasa penuh. Apa kata tahun ini kita tukar. Anak ambil upah puasa untuk memberi. Amalan baik kan dapat pahala berlipat kali ganda. Galakkan mereka bersedekah dengan upah yang mereka dapat.

Semoga Ramadhan kali ini sebuah perubahan untuk kita semua.

Marhaban Ya Ramadhan.