Aromatherapy juga dikenali sebagai terapi pati minyak Ia dikenali sebagai seni dan sains yang menggunakan extrak minyak aroma semulajadi dari tumbuhan untuk menyeimbangkan, mengharmonikan dan meningkatkan kesihatan badan, minda dan tenaga. Ia digunakan untuk menyatukan proses fisiologi, sosiologi, dan spiritual untuk meningkatkan proses pemulihan semulajadi seseorang.

Seorang ahli kimia Rene – Maurice Gattefosse yang mencipta istilah “aromatherapies” dalam tahun 1937 yang diterbitkan dalam buku yang berjudul itu. Bukunya “Gattefosse’s Aromatherapy” mengandungi penemuan klinikal untuk menggunakan pati minyak dalam perubatan fisiologi. Penting untuk memahami apa niat Gattefosse’s mencipta perkataan itu, kerana ia menerangkan dengan jelas kegunaan pati minyak dalam penggunan perubatan berbanding penggunaan wangian semata-mata.

Jadi boleh kita menafsirkan perkataan “Aromatherapie: membawa maksud aplikasi teraputik atau perubatan menggunakan pati minyak untuk penyembuhan menyeluruh. Oleh kerana penggunaan aromatherapy telah meningkat sejak bertahun-tahun, ia telah digunakan secara lebih menyeluruh untuk seluruh badan, minda dan tenaga.

Sejarah aromatherapy dan fakta menarik

Selama beribu-ribu tahun, pati minyak aromatherapy memainkan peranan penting dalam penjagaan diri dan bagi tunjuan perubatan – seperti untuk pewangi, tonik, pencuci, dan banyak lagi. Rekod menunjukkan di tamadun awal yang menggunakan aromatherapy termasuklah Cina, India, Mesir, Greek dan Roman kuno.

Fakta menarik tentang sejarah aromatherapy termasuklah:

  • Lebih 2500 tahun lalu, Hippocrates menyarankan mandian aroma untuk kesihatan keseluruhan dan perlindungan kesihatan.
  • Dalam tahun 100 A.D ahli falsafah terkenal Dioscorides menyebut minyak aroma dalam tulisannya termasuklah buah pala, kayu manis, murrh, basil, fennel, frankincense, juniper, pain, rose, rosemary dan thyme.
  • Minyak aromatherapy digunakan oleh ketua agama semasa majils keagamaan dalam masyarakat Mesir Kuno dan juga digunakan sebagain agent anti septik.
  • Mulai akhir 1800, penyelidik mula menggunakan extrak botanical dalam kajian, dan menerbitkan kajian mereka dalam jurnal perubatan. Profesor perubatan Prancis dan German mula menngunakan aromatherapy untuk melawan penyakit seperti tuberculosis dan luka yang dijangkiti.
  • Pada permulaan abad ke 19 pati minyak mula digunakan dalam perubatan di barat. Doktor mula mengasingkan tumbuhan yang mempunyai bahan aktif untuk digunakan dalam perskerpsi ubatan.
  • Askar Perancis pulang ke rumah dari Perang Dunia pertama telah diubati dengan minyak aromatherapy untuk merawat luka, mengubati kemurungan dan menurunnkan depresi.
  • Aromatherapy mula masuk ke U.S. Sekitar 1980-an.
  • Langkah keselamatan apabila menggunakan Aromatherapy
  • Ia bergantung pada sejarah perubataan seseorang, alergik atau daya tahan badan. Sesetengah jenis minyak aromatherapy tidak digalakkan digunakan dalam sesetengah kes.

Kebanyakan minyak pati sepatutnya dielakkan dari bayi dan kanak-kanak kecuali dinyatakan sebaliknya. Jika mommy mengandung atau menyusu badan, pastikan pati minyak yang mommy gunakan selamat dan tidak menimbulkan apa-apa risiko.

Walaupun secara asasnya pati minyak menunjukkan kesan buruk, keberangkalian kesan yang mommies dan bayi rasa ialah

  • Telan pati minyak dengan banyak boleh mengakibatkan ketoksikan
  • Iritasi kulit terutama jika gunakan dalam jumlah yang banyak
  • Alergik yang menyebabkan merah, bengkak dan sakit
  • Sensetif terhadap cahaya

Jika mommies mahu titiskan minyak pati dalam minuman, pastikan mommies gunakan minyak pati yang asli. Mommies juga harus pastikan bahawa tiada tindak balas dengan ubat yang mommies sedang ambil. Pengambilan pati minyak secara dalaman (internal) boleh mengakibatkan toksik. Jadi tanya pendapat pakar aromatherapy untuk tahu lebih lanjut. Jika nak selamat selalu mula dengan dose yang paling sedikit.

Jika mommies mempunyai kulit yang sensetif dan mahu menggunakan minyak aromatherapy secara luaran, campurkan minyak pati dengan minyak pembawa (carrier oil) sebelum sapukan pada kulit. Lihat simptom seperti ruam, kemerahan atau bengkak (terutamanya apabila di bawah matahari).

Minyak pati yang alah pada cahya termasuklah bergamot, lemon, limau, oren pahit dan akar angelika. Minyak citrus dan minyak dengan menthol (termasuklah peppermint) boleh menyakiti kulit sensetive, jadi gunakan minyak ini dengan berhati-hati dan lakukan ujian patch terlebih dahulu.

Ujian Patch

Ujian patch ialah kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti sama ada sesuatu bahan sesuai atau tidak pada seseorang.

Caranya ialah

1. Sapukan setitik campuran pati minyak di bahagian dalam bawah lengan.

2. Ratakan minyak dalam keadaan membulat

3. Biarkan pati minyak kering pada kulit

4. Jangan basuh kawasan itu sekurang-kurangnya 24 jam

5. Lihat kesan selepas 24 jam

Jika ada tanda-tanda kemerah merahan selepas penggunaan, ertinya bahan yang mommies gunakan itu sensetif untuk kulit mommies dan mommies harus berhenti dari menggunakan bahan tersebut.

Rumusan pada Aromatherapy

  • Bertindak sebagai rawatan perubatan pelengkap atau alternative. Penggunaan pati minyak aromatherapy telah jadi semakin popular di abad ini walaupun pati minyak telah digunakan sejak berkurun lamanya.
  • Aromatherapy menggunakan pati minyak yang mengandungi pelbagai komponan aktif. Ada anti-septik, anti-kulat, anti-radang dan anti-bakteria.
  • Apa kegunaan aromatherapy? Kebaikan dan fungsi yang popular ialah mengurangkan kemurungan dan depresi, demam, batuk, keletihan, sakit, PMS, simptom menopause, mual, ulser atau ketidak hadaman, dan sakit sendir.
  • Terdapat juga pati minyak anti-penuaan dan pati minyak untuk kurangkan berat badan, jadi jika ada seseorang tnya mommies apa kegunaan aromatheray, mommies pasti tidak terbantut idea untuk menjawabnya.

Pilih minyak aromatherapy yang sesuai untuk mommies dan keluarga. Tanyalah pada pakar.

Kak Erin,

Certified aromatherapist.