Bila kita sedang menghitung hari untuk menunggu si comel yang bakal lahir mesti segala persiapan dah disiapkan. Segala jenis produk bayi sudah siap tersedia. Tapi cuba lihat kembali. Betul ke produk itu semua selamat untuk bayi mommies? Lihat 9 produk yang tidak selamat untuk bayi

1. Sabun mandian dengan pewangi

Waktu mandi ialah waktu yang di nanti-natikan. Mereka boleh bermain air. Tapi mommies kene tahu waktu mandi boleh menyebabkan kerosakan kulit pada bayi. Jangan terlebih gosok kulit bayi.

Gunakan sabun yang lembut pada kulit bayi. Elak gunakan sabun yang mengandungi pewangi sintatik, paraben atau sulfate yang menyakitkan. Lagi kurang bahan kimia dalam sabun mandiannya lagi kurang kebarangkalian bayi terkena iritasi kulit.

Selain paraben, cuba elakkan produk yang mengandungi bahan pewangi ‘perfumes, parfum’ dan pewarna. Mesti mommies tidak mahu menghilangkan minyak semulajadi dan mengeringkan kulit bayi comel mommy.

Sebaiknya mommy gunakan produk yang mengandungi oatmal dan coconut butter yang memberi kesan menenangkan.

2. Bedak bayi

Lucu bukan? Bedak bayi tidak selamat untuk bayi. Partikal yang halus dari bedak bayi boleh menyakitkan paru-paru bayi dan boleh menjadi punca kepada masalah pernafasan. Elak dari menggunakan bedak bayi terutama di bahagian lampin.

3. Krim ruam lampin dengan pewangi

Gunakan krim tanpa pewangi sintatik. Mommies mestillah pilih krim yang diperbuat dari bahan natural yang melegakan kerana krim ini akan digunakan secara berterusan di area yang sensetif. Bahan seperti zink oxide dan petroleum adalah bahan selamat untuk krim lampin.

4. Mandian Buih

Mandian buih memang menyeronokkan. Tapi mandian buih inilah cara terpantas untuk menanggalkan pelembab semula jadi kulit. Ia akan mengeringkan kulit bayi dan menyebabkan kegatalan. Minimumkan waktu mandi bayi.

Mandian bayi sepatutnya lebih banyak air berbanding sabun kerena mereka tidak perlu banyak sabun. Kanak-kanak dan kita yang dewasa suka mandian buih tapi malangnya ia tidak bagus untuk kulit kita.

5. Pencuci pakaian dengan pewangi

Oleh kerana kulit bayi sangat lembut dan sesitif, pilih pencuci pakaian yang bebas pewarna dan pewangi.

6. Produk kulit dewasa

Pelembab kulit untuk dewasa biasanya bercampur dengan aroma dan pewangi kerana ia boleh menyebabkan alergy dan eczema. Krim wangi kegemaran mommies boleh menyebabkan iritasi pada bayi mommies. Jadi cuba elakkan ye.

Pilih produk yang khusus untuk bayi dan kanak-kanak yang bebas pewangi dan paraben.

7. Lotions

Gunakan krim atau minyak angin yang mengandungi kurang bahan yang boleh menyebabkan iritasi kulit. Bayi boleh terkena pelbagai alergy kerana kulit mereka yang nipis.

Jadi kita kene pastikan bahan yang digunakan bebas pewangi sintatik, paraban atau bahan kimia yang keras yang boleh menyebabkan kulit bayi jadi terlalu sensetif.

8. Pelindung matahari

Pelindung matahari dengan bahan kimia memang merbahaya untuk bayi. Mommies patut meminimumkan bahan kimia yang meresap dalam badan bayi. Sebab itulah mereka patut menggunakan pelindung matahari berasaskan zink-oksida. Bahan ini akan melindungi bayi dari cahaya ulterviolet dengan minimum risiko iritasi atau penyerapan kimia.

“Sebelum umur 6 bulan bayi boleh dilindungi dari matahari dengan pakaian pelindung ultravoilet dan elakkan terdedah kepada matahari terus. Selepas 6 bulan, sapukan pelindung matahari secukupnya pada bayi 20 minit sebelum terdedah kepada matahari dan ulang sapuan setiap 2 jam.

Elakkan bayi dan kanak-kanak dari menggunakan pelindung matahari jenis semburan. Risiko penyerapan pelindung matahari dan iritasi tisu respirotori dan paru-paru. Lagipun sukar untuk menentukan berapa banyak jumlah pelindung matahari yang telah digunakan kerana banyak yang terbang di bawa angin.

9. Pati minyak​ tanpa penggunaan yang betul​

Walaupun pati minyak terkenal penggunaan pada orang dewasa tapi ada sesetengah pati minyak yang bercampur dengan pewangi. Ini boleh menyebabkan iritasi pada kulit bayi yang halus. Pastikan pati minyak yang digunakan ialah 100% pati minyak dan telah diadun dengan minyak pembawa atau carrier oil.

Lakukan ‘patch test’ untuk memastikan pati minyak itu sesuai atau tidak pada bayi mommies.

Lagi kurang produk kita pakaikan pada bayi lagi bagus. Selamat memilih produk terbaik untuk bayi mommmies.