Mommy muda.

Ada tak mommy yang menangis sekali bila bayi menangis? Tak tahu nak buat apa kan. Semua perkara rasa – rasanya dah buat dah. Tapi dia tak berhenti menangis.

Menangis merupakan sebuah bentuk komunikasi antara bayi dan mommy. Jadi pelik la kan bila anak tak ‘bercakap’ dalam satu hari. Ertinya dia tak berkomunikasi hari tu. Dia tak nak makan, tak rasa nak buang air. Dia chill relex je. Pelek kan. Jadi mommies kene bersyukurlah yang bayi mommies menangis.

Tapi AWAS! Jangan biarkan lama-lama tangisannya. Periksa 6 perkara ini untuk hentikan tangisan bayi secepat mungkin.

1. Lampin

Periksa lampinnya. Bayi tidak akan rasa selesa bila lampinnya sudah penuh. Keadaan basah dan bernajis boleh menyebabkan alergy yang teruk di ruang lampin. Periksa lampin bayi, cuci dan tukar dengan lampin baru untuk beri keselesaan pada bayi.

2. Kaki Menendang?

Lihat kaki bayi. Adakah bayi menangis sambil menendang-nendang kaki? Jika ya itu tandanya perutnya berangin. Kembung perut kata kita. Sapu minyak atau NARINAR TummayTherapy (TT) membulat ikut arah jam di perut bayi.

NARINAR TT yang kaya dengan serai wangi, halia dan aloe vera memang boleh buat keluarkan angin dan membuatkan bayi mommy rasa lebih selesa.

3. Lapar

Kita lapar pun dah macam cacing sakit perut apa lagi bayi. Perut perlu diisi segera dengan susu yang baik untuk kesihatannya. Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas yang sudah makan makanan pejal merengek tapi belum waktu makan, sediakan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan.

4. Nak tidur

Bayi yang mula-mula elok bawa jalan-jalan dah mula gelisah. Duduk merengek. Angkat merengek. Semua serba tak kena. Dah tiba masa untuk tidur tapi dia tidak mahu lelapkan mata.

Bawa anak ke ruang yang agak suram untuk beri mood tidur. Beri persekitaran yang senyap. Jika masih tidak membantu sapukan pati minyak khusus untuk menenagkan bayi. Contohnya NARINAR Sleep Therapy (ST). Sapu di nadi tangan dan belakang telinga. Bayi akan jadi lebih tenang dan mudah untuk tidur.

5. Takut

Bayi percaya dengan melihat. Jika dia nampak mommy dia tahu mommy ada. Jika tidak nampak memang menangis lah dia. Bayi boleh rasa takut dan rasa tidak selamat bila tiada mommy di sisi.

Memang fitrah bayi rasa dah terbiasa dengan persekitaran dalam rahim. Mestilah bila dilahirkan dunia ini rasa baru padanya. Mommy boleh beri urutan terapi bayi yang dapat meningkatkan kepercayaan dia pada mommy. Semasa urutan, beri tekanan yang kuat tapi tidak menyakitkan untuk meningkatkan keyakinan diri bayi.

6. Tak Tenteram

Biasa tak kita rasa resah gelisah. Tak tahu kenapa tapi rasa tak tenteram je. Bayi juga punya rasa begitu. Beri pelukan yang erat supaya bayi rasa selamat. Terapikan juga dengan minyak bidara untuk memudahkan bayi tidur dan mengelakkan bayi dari makhluk halus.

Dah tahu tips untuk bantu bayi menangis? Jangan biarkan menangis lama ye.

Bayi menangis?

NARINAR ST kan ada.