Risau Si comel Anda Tersedak Susu? Banyak cerita dan pengalaman pahit ibu tabah yang kehilangan anak akibat tersedak susu. Sememangnya perkara ini tidak boleh dipandang mudah kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa anak ; walaupun pada asasnya bayi hanya sedang minum susu.

Tersedak susu berlaku apabila cecair yang dihisap si comel tidak masuk ke ruang esopagus untuk ke perut tetapi masuk melalui trakea ke paru-paru sekali gus mengganggu pernafasan si comel. Jika perkara, apa agaknya tindakan ibu dan ayah?


1. Letakkan anak meniarap pada lengan dengan tangan memberi sokongan kepada kepala si comel.

 


2. Kepala anak diletakkan ke bawah daripada badan.

 


3. Berikan lima tepukan kuat pada si comel di antara tulang belikat.(jangan kuat sangat)

 


4. Jika masih tidak dapat mengeluarkan susu, pusingkan si comel menelentang dan dengan menggunakan dua jari, tekan dada si comel sebanyak lima kali di antara puting si comel.

 


5. Ulangi sehingga susu tersebut keluar.

 

Jika masih tidak bermaya dan tidak bernafas, telefon untuk bantuan dan berikan juga bantu pernafasan melalui mulut kepada si comel.