“Dianggarkan 400 juta penduduk dunia penghidap G6PD dan lebih kurang 3-5% penduduk Malaysia yang kebanyakannya anak lelaki mempunyai kekurangan ini.”

Apa yang mommies tahu bila dengar tentang G6PD?

Bayi G6PD ialah bayi yang punya kurang enzim Glucose 6 Phosphate Dehydrogenase dalam sel darah merah mereka. Enzim ini berfungsi untuk pnghasilan sel darah merah baru dan penghasilan tenaga daripada karbohidrat.

Enzim ini penting juga untuk lindung dan lawan jangkitan dari serang sel darah merah. Selain itu enzim ini tugasnya lindung sel darah merah daripada pecah (hemolisis). Sel darah merah boleh pecah bila ia terdedah pada ubat-ubatan tertentu, makanan atau jangkitan.

Pada dasarnya mommies tidak perlu risau jika bayi mommies di diagnose G6PD kerana masalah ini sangat biasa berlaku. Menurut BabyCenter kira-kira 1 dalam 10 kanak-kanak mengalami kekurangan G6PD di Malaysia.

Bayi saya mungkin ada G6PD bila…

Kanak-kanak dan bayi tidak menunjukkan simptom G6PD sehingga terdedah kepada pencetusnya. Jika ini berlaku, bermula lah proses hemolisis. Jika tidak mendapat rawatan segera bayi atau kanak-kanak boleh menyebabkan kekurangan darah.

Oleh sebab itu bayi yang baru lahir dan disahkan G6PD perlu dipantau dalam wad kerana mereka berpotensi mendapat penyakit kuning (jaundis). Penyakit kuningnya mudah naik secara mendadak sehingga jadi penyebab kerosakan otak.

Jika ada anak-anak mommies di diagnos menghidap G6PD ambil serius bila nampak tanda-tanda ini pada mereka

⦁ kelihatan pucat
⦁ tidak bermaya
⦁ pening
⦁ degupan jantung yang laju
⦁ sukar bernafas
⦁ sakit dada
⦁ jaundis (penyakit kuning)
⦁ air kencing berdarah atau warna teh pekat

Tak Boleh Makan..

Tugas lain enzim Glucose 6 Phosphate Dehydrogenase dalam sel darah ialah lindung sel darah merah daripada pecah (hemolisis). Sel darah merah boleh pecah bila ia terdedah pada ubat-ubatan tertentu, makanan atau jangkitan.

Makanan dan herba yang perlu dielakkan

Ubat yang boleh diberi dalam dos terapeutik

·        Kacang parang (fava beans)

·        Ubat China

·        Chuen Lin

·        San Chi

·        13 herbs

·        12 herbs

·        Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)

Bahan lain yang mesti dielakkan

·        Ubat gegat (moth balls)

·        Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium

Ubat yang mesti dielakkan

·        Acetanilide

·        Doxorubicin

·        Furazolidene

·        Methylene Blue

·        Nalidixic acid

·        Niridazole

·        Nitrofurantoin

·        Phenozopyridine

·        Primaquine

·        Sulfamethoxazole

·        Bactrim

  • Paracetamol
  • Ascorbic acid
  • Aspirin
  • Chloramphenicol
  • Chloroquine
  • Colchicine
  • Diphenhydramine
  • Isoniazid
  • Phenacetin
  • Phenylbutazone
  • Phenytoin
  • Probenecid
  • Procainamide
  • Pyrimethamine
  • Quinidine
  • Streptomycin
  • Sulfisoxazole
  • Trimethoprim
  • Tripelennamine
  • Vitamin K
  • Mefloquine

Sumber: www.myhealth.gov.my

Apa tanda-tanda jika anak termakana makanan di atas?

  • Kulit atau mata menjadi kekuningan serta merta (jaundis)
  • Air kencing bertukar warna sama ada warna teh pekat atau lebih teruk berdarah.
  • Badan lemah tidak bermaya
  • Muka jadi pucat
  • Suhu badan meningkat
  • Nafas tercungap-cukap. Susah bernafas
  • Pengsan

Segera jumpa doktor yang bertauliah dengan segera sekiranya ini berlaku.

Masalah kesihatan yang bayi G6PD  biasa hadapi

Bayi G6PD juga ada masalah kesihatan seperti bayi lain juga. Mereka demam, batuk, selsema, kembung perut. Tapi apa solusi yang mereka ada? Selain ubat yang doktor nasihatkan, mommies boleh mencuba menggunakan minyak pati.

Minyak pati yang sudah di adun seperti lebih mudah digunakan untuk dapat kesan yang cepat dan selamat. Hubungi aromatherapist yang bertauliah untuk dapat lebih info tentang binyak pati.

Langkah-langkah keselamatan

1. Maklumkan pada doktor yang merawat anak mommies bahaya anak mommies menghidap G6PD supaya doktor boleh beri ubat yang sesuai.
2. Pakaikan “rantai perubatan” pada anak untuk dapat bantuan yang tepat dalam kecemasan.