Tahniah kerana telah berjaya sampai di sini. Saya Shazren Shah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Erin juruterapi bayi anda.

Di SentuhanIbu.com anda akan dapat lebih banyak infomasi bukan sahaja tentang teknik terapi bayi tetapi juga info-info berkaitan ibu dan si manja anda.

Dua tahun yang lalu ninja sulung Kak Erin disahkan menghidap Epilipsi yang kritikal. Dia terlantar di katil hospital hampir setahun lamanya. Kak Erin korbankan kerja kerana tiada pilihan lagi.

Serangan sawan setiap dua jam buat Kak Erin mati akal dan berendam air mata sehinggalah doktor memaklumkan buah hati tersayang berisiko menghidap lumpuh otak.

Oleh kerana antibodinya lemah dia mudah terkena selsema, batuk dan demam. Walaupun dikategorikan sebagai penyakit ringan tapi ia tetap menggangu keselesaan anak.

Jika selsema dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan jangkitan paru-paru. Bagi kes Kak Erin boleh membawa maut.

Macam anda juga, ketika itu Kak Erin cuba pelbagai rawatan termasuklah kaedah alternatif menggunakan minyak pati. Allhamdulillah ada perubahan pada ninja dan terlintas di fikiran Kak Erin untuk berkongsi kebaikan tersebut bersama ibu bapa lain.

Sejak itulah Kak Erin menambah ilmu dan menjalankan kajian mengenai minyak pati tumbuhan serta bunga-bungaan. Kak Erin juga bekerjasama dengan beberapa pakar dan penyelidik Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi mendapatkan formula terbaik.

Kak Erin tak berhenti di situ sahaja sebab Kak Erin pernah terbaca juga kebaikan terapi dan urutan kepada bayi dan kanak-kanak. Kak Erin belajar teknik terapi bayi sehingga mendapat pengiktirafan dari Persatuan Urutan Bayi Antarabangsa.

Hari ini Kak Erin akan berkongsi dengan anda teknik terapi bayi digunakan bersama pati minyak dari Narinar. Jom tonton video di bawah.

Episod 1: 4 Kebaikan Utama Terapi Urutan Bayi

Nak tonton lagi episod seterusnya Kak Erin tunjukkan cara-cara terapi urutan bayi yang betul? Sila isikan detail anda sekarang